Tips Untuk Bercuti Ke Pulau Ular "Hidden Gem" Kuantan

TRAVEL
March 25, 2022 - 04:00 PM


Bila sebut sahaja pulau yang ada di Pahang ni yang wajib terlintas di fikiran biasanya Pulau Tioman. Tapi anda mungkin belum tahu, di Kuantan, terdapat sebuah pulau yang terletak di Kampung Sungai Ular.

Walaupun namanya Pulau Sungai Ular, anda tidak perlu risau kerana di sini bukan tempat habitat haiwan tersebut dan ia hanya nama bagi kawasan Sungai Ular, Kuantan.

Pulau yang tidak mempunyai sebarang pembangunan ini memang dibuka untuk kunjungan pelancong. Tempatnya yang terletak tidak jauh dari pesisiran pantai. Ia sesuai dijadikan lokasi riadah bagi mereka yang mengimpikan percutian di pulau persendirian.

Mereka yang datang boleh menginap di resort berdekatan pantai dan perkhidmatan bot juga turut disediakan untuk mereka yang ingin berkunjung ke sana. Bermula dari hanya RM 15 untuk seorang, pengalaman yang dirasai pasti mengujakan.

Air yang jernih dan pesisiran pantai yang bersih sangat sesuai dijadikan port berkelah bagi anda sekeluarga. Tapi kena ingat, di sana tiada sebarang perkhidmatan servis disediakan, jadi anda perlu bawa bekal makanan sendiri dan juga alatan.

Tempat yang kami rasakan sebagai hidden place ini, sememangnya syurga bagi mereka yang ingin meluangkan masa bersama keluarga ataupun rakan di pulau yang jauh dari orang. Harus diingatkan juga untuk menjaga keselamatan bagi anda yang merancang ke sana.

Anda dinasihatkan untuk menghubungi penyedia perkhidmatan bot dan deal awal untuk elakkan kesesakan. Kami mengharapkan pengunjung yang kesini tidak meninggalkan sampah anda dan kekalkan kebersihan pulau ini.

TIPS JIKA NAK BUAT DAY TRIP KE PULAU ULAR
• Booking boat awal-awal
• Parking kereta di Santuary Resort
• 5-6 minit naik boat ke Pula, jangan risau akan dipantau/teman oleh "kapten" boat. Ni service tiptop!
• Mobile network ok, port gambar banyak giler
• Makanan bawak sendiri, sampah bawa balik ya
• Before jam 3.30 petang WAJIB keluar okey

Sumber: Kuantanloka

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah