5 Peraturan Yang Dikenakan Sekiranya Pawagam Ingin Dibuka Di Kelantan

VIRAL
January 18, 2018 - 01:12 PM


Semenjak dua tahun lepas, ura-ura mengatakan bahawa Paragon Cinemas di KB Mall akan dibuka. Bagi pencinta pawagam dan filem di Kelantan, tentulah satu berita yang positif pada mereka.

Selain masyarakat umum, sudah tentu golongan yang gembira adalah para penerbit filem dan pengedar filem tempatan kerana pada suatu ketika dahulu, Kelantan pernah menjadi lubuh emas berdasarkan rekod box office.

Namun, dalam aspek negeri Kelantan yang unik berbanding negeri lain dalam konteks penerimaan hiburan, tidak bermakna hiburan melalui pawagam ini tidak dibolehkan langsung.

Apa yang boleh dilakukan oleh kerajaan negeri Kelantan sekiranya ingin membenarkan pawagan ini dibuka adalah memberikan garis panduan syariat dalam perlaksanaan pawagam itu, maka jadilah pawagam di Kelantan sebagai Pawagam Patuh Syariah pertama.

Secara tidak langsung, ia boleh dijadikan tarikan pelancong kerana konsep pawagam yang ternyata berbeza dan berlandaskan syarak sesuai dengan status negara Islam.

Sekiranya akan dibuka pawagan di Kelantan, ini merupakan 5 syarat yang disebut :

  1. Pengasingan penonton lelaki dan perempuan
  2. Tiada tayangan pada waktu Maghrib
  3. Tiada tayangan pada malam Jumaat
  4. Tiada tayangan pada bulan Ramadhan
  5. Tontonan dengan lampu di bahagian belakang dibuka.

 

Kalu diperhatikan, peraturan yang dinyatakan boleh digunapakai dan pawagan disana boleh dibangunkan berpandukan keunikan peraturan yang disediakan.

Secara tidak langsung, dengan peraturan diatas ia boleh diterjemahkan dalam bentuk perniagaan yang menguntungkan, selain memberikan impak positif kepada masyarakat setempat dan negeri Kelantan secara amnya.

 

 

Sumber | Kopiplanet

 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah