Pelancong Ke Pulau Langkawi Bakal Nikmati Perkhidmatan Feri & Hotel Sani

VIRAL
May 02, 2019 - 03:12 PM


Bagi siapa yang suka cuti-cuti Malaysia, mesti familiar dengan syarikat pengangkutan bas Sani Ekspres yang terkenal dengan tema berwarna merah.

Selain bas, syarikat yang diasaskan oleh anak Bumiputera ini iaitu Datuk Sani Salleh turut memiliki sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Pada hujung tahun ini, jenama ‘Sani’ bakal melebarkan sayapnya ke serata pulau peranginan popular, Langkawi dengan memperkenalkan perkhidmatan feri dan penginapan hotel.

Menjelang bulan Disember depan, 3 buah feri berkelajuan tinggi yang pertama mula beroperasi dari jeti Kuala Kedah ke Pulau Langkawi serta dapat menampung seramai 660 penumpang dalam satu-satu masa.

Dengan adanya perkhidmatan Sani Ferry itu nanti, pelancong tempatan dan antarabangsa tidak lagi perlu menunggu lama untuk ke Pulau Langkawi kerana waktu perjalanan feri juga dikatakan akan diselaraskan dengan ketibaan bas Sani Ekspres.

Tambang Sani Ferry adalah RM23 sama seperti perkhidmatan sedia ada dan jika penumpang  mengambil pakej bas Sani Ekspress, anda juga bakal menikmati tawaran diskaun yang lebih menarik.

Wah, memang senang la kalau kita ambil set kombo Sani ni nanti, lebih efisien dan cepat sampai Langkawi! Hehehe…

Dalam tempoh 2 tahun lagi, Sani juga bakal membangunkan hotel tertinggi di pulau lagenda yang terletak di Pekan Kuah dengan kemudahan sebanyak 1,000 buah bilik.

Sumber: Utusan Malaysia

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah