Korang Dah Pergi "Maldives" Malaysia?

TARIKAN
July 06, 2017 - 06:31 PM


Pertama kali sampai di Semporna serta pulau pulau sekitarnya terus teruja dengan pemandangannya yang amat menakjubkan.

Sesuai untuk penggemar aktiviti diving & snorkeling dan keberangkalian untuk berenang-renang bersama sang Penyu amat tinggi.

Hasil laut juga amat murah dijual oleh orang-orang Bajau Laut di Pulau Mabul.

Sesiapa yang merancang untuk melancong ke pulau-pulau di negara jiran, saya sarankan anda semua ke sini dulu. Dijamin trip anda berbaloi.

Kisah ini dari cerita dari salah seorang rakan travel Dayangku Siti Nur Aishah.Trip kali ini mengambil masa selama 5 hari 4 malam. Ikuti kisah pengembaraan dari saudari Aishah.

 

  • Date : 5th may 2017 (jumaat) hingga 9th may 2017 (selasa) 
  • Trip ke pulau mabul,kapalai,gusungan,bohey dulang,sibuan,mantabuan,tatagan/bodgaya
  • Budget : RM614.82 include flight, transportation, accomodation, island hopping.
  • Exclude : souvenirs & makan minum & lain2.
  • Lagi kuat makan, lagi kuat lah budget heheh.
  • 5th May - 3 org
  • 6th May Petang - 9th MAy - 5 org

 

 

DAY 1 ( 5 MAY 2017 JUMAAT)

7:40 am – FLIGHT MAS DARI KK ( KOTA KINABALU) - TAWAU

8:20 am – Mendarat di Airport Tawau.

1. Keluar & terus cari kaunter untuk Bus tapi x jumpa pun. Sebab sebelum nie baca blog merata kata ada Bus Airport Ke Bandar. 

2. And kami try App uber & grab car tapi xda dikawasan tawau. Tanya kat Information kaunter, katanya hanya ada perkhidmatan teksi disediakan. Perkhidmatan Bus sudah lama dimansuhkan. 

3. Tiket TAXI boleh beli diluar kaunter ketibaan. Harga teksi one way ke bandar adalah RM45. Memandangkan kami 3 org, so bahagi dapatlah RM15 seorang. Bagitau driver siap2 kami nak turun kat Stesen Bus ke Semporna. Perjalanan ke Bandar ambil masa dalam 45 minit .

4. Cari makan di Yassin Curry House yang tidak jauh dari Stesen Bus Tawau.

5. Lepas makan terus ke stesen bas untuk mencari mini bus ke Semporna. Bayaran RM10 seorang. Perjalanan ambil masa dalam 1 jam 55 minit dari Tawau ke Semporna.Mini bus sangat2 selesa, bersih and beraircond.

12:55 Noon – 8:00 pm

1. Bila Nampak da signboard Welcome to Semporna, kami bagitau pakcik tue yang nak drop di Aloha Capsules, Tapi pakcik tue xtaw tempat tue. Sebabnya baru je tahun nie dibuka Aloha Capsules. So kami buka waze and guide pakcik tue jalan ke Hostel. 

2. Sampai depan Aloha Capsules. 
(Ellakkan bagi sesiapa saja untuk angkat luggage anda akan ada yang berlakon jadi pekerja Aloha and akan minta tips angkat beg)

3. Check In and Down RM50 untuk deposit & minta Kunci Locker.. Kat sini xda lift ya, hanya ada Tangga saja. Kami tinggal Mix Doorm, 10 katil capsules dalam 1 bilik & terdapat 2 tandas serta 2 bilik mandi disediakan.

4. Free Wifi Connection and line laju gilaaa..

5. Kalau nak cuci kain, ada sinki mencuci kain disediakan di dalam tandas and boleh jemur kat corridor yang disediakan. 

6. Terdapat 2 hairdryer di dalam tandas. 

7. Rak kasut disediakan . 

8. 1 botol mineral 500ml kena bagi free as Welcoming drinks gitchuu.. 

9. Bila nak masuk dalam capsules, kena scan dulu kad then pintu akan terbuka. Masukkan kad di tempat yang disediakan then boleh lah charge HP atau berehat di dalam. 

10. Towel kecil untuk lap muka sahaja disediakan. Nasib baik sy mmg sedia ada bawa towel mandi. 

11. Rest dalam 3 jam then turun keluar cari makan , cari jeti umum semporna.

12. Jarak dari Aloha ke Jeti Umum tidak lah jauh mana, hanya ambil masa dalam 5-10 minit berjalan kaki.

13. Sangat banyak kedai runcit, supermarket seperti Century & Giant , Watson & Guardian and kedai-kedai makan area sini.

14. Kalau nak beli bahan mentah boleh lah ke Pasar. Dekat je.

15. Untuk ATM sini , hanya Maybank saja yang dekat. Kena jalan jauh sikit lah dalam 15-20 minit macam tue. Search Petron Station. Berdekatan sana lah. 

16. Kalau nak ke Tawau , kena lah tunggu Stesen Bus dekat Shell atau boleh contact +6011-1281-0709 (ciciek) untuk transport ke Tawau.

Balik ke ALOHA before jam 6 petang. Rehat and tidur awal.. Penat sebab malam sebelumnya xcukup tidur.

 



DAY 2 ( 6 MAY 2017 SABTU) - DAY TRIP TO MABUL, KAPALAI & GUSUNGAN ISLAND

6:00 am

1. Bangun dan siap sedia untuk Day Trip ke Pulau Mabul,Gusungan dan Kapalai. 

2.Review tidur semalam : Katil sangat selesa , walaupun tutup pintu , xrasa panas pun kat dalam. Sejuk gila masa malam. Tapi bunyi dengkuran dari Capsules bawah kedengaran since sy tidur di tingkat atas.. 

8:00 am – 8:30 am

1. Check out & ambil deposit. Bergerak ke Dragon Inn Floating Reasort.

2. Simpan luggage di Counter receiption Dragon Inn Floating Reasort. Dorang akan minta no booking&nama. Lepas sahkan booking ada dalam list baru boleh simpan.

3. Bergerak ke Jeti Umum dan menunggu ciciek. Bayar ciciek RM90 sorang. 

9:00 am

1. Boat mula bergerak. Destinasi kami ialah Pulau Mabul, Pulau Kapalai, & Pulau Gusungan.

9:50am 

1. Lepas 50 minit, sampai Pulau Mabul, drop orang kat homestay then gerak ke Kapalai Island untuk aktiviti snorkelling. 

10:25 am

1. Dari Mabul ke Kapalai, ambil masa 20 minit. Kami dibagi masa dalam 30 minit untuk aktiviti Snorkelling. Di kapalai, resort kelihatan agak sunyi. Pemandangan di dalam dasar laut yang sangat cantik, air laut yang jernih & banyak sangat ikan besar and warna warni. 

11:28 am

1. Sampai mabul & tumpang makan kat Arung Hayat. Di sini kami diberi masa sehingga jam 2 petang untuk menerokai sekitar Pulau Mabul.

2. Di sini terdapat : 

  • kedai runcit yang menjual jajan,minuman,peralatan mandi seperti shampoo & sabun, air kelapa dan sebagainya.
  • Sekolah
  • Kuburan
  • Homestay
  • Perkampungan darat & air bagi kaum bajau
  • RESORT.

3. Bagi premis Mabul water bungalow resort & Mabul water village resort , tidak dibenarkan untuk masuk dari jam 6pm – 6am setiap hari.

4. Kalau boleh elakkan beri duit & makanan kat budak2. Boleh kalau nak bersedekah tapi kalau beri kat sorang, banyak budak akan berkerumun .

5. Boleh je ajak budak-budak bergambar kat sana, budak yang sy jumpa suka berselfie. Bawa sorang budak berselfie ,3 orang yang lain pun nak ikut juga hahahah.

6. Beli kelapa yang kecil harga RM1 sahaja.

7. Kat sini nak cakap dengan budak2 and orang kampung melayu pun boleh sebab ada yang boleh berbahasa melayu. Tapi mostly cakap bajau.

8. Since sy pandai cakap mandarin, sy jadi tour guide kepada org China&Jb yang ada dalam group kami. (Nasiblah sebelum datang, da buat research sikit2 , so boleh lah jawap sikit pertanyaan mereka hahah) Kesian mereka, bayar mahal RM150 , sedangkan kami dapat Rm90 sahaja. Utk trip keesokkan, dorang nak join kami ke 4 island.

9. Kami menghabiskan masa di Mabul Water Bungalow Resort untuk bergambar di sana. Mak aih cantiknyaaa tapi harga penginapan pun sangat2 cantik.. hurmm

10. Kalau nak beli Fresh Seafood boleh lah beli di sini. Ada berjual di boat2. Harga boleh diNego and boleh minta restaurant masakkan.

2:10pm

1. Bergerak ke snorkelling point di sekitar mabul. Diberi masa 30 minit untuk aktiviti snorkelling .Kalau bernasib baik, Nampak lah penyu berenang2 di sini. Then bergerak ke Pulau Gusungan

3:00 pm

1. Sampai di pulau Gusungan Sebuah pulau yang kecil didiami hanya beberapa buah rumah, xlbih dari 15 buah rumah kayu. Kat sini budak2 mendesak nak makanan.. Turun dari boat sekadar untuk bergambar sahaja. Xsampai 15 minit then terus naik boat and balik.

4:40pm

1. Sampai kat Jeti Umum Semporna & jalan kaki ke Dragon Inn Floating resort. Daftar nama&ic at counter , then angkat beg terus ke bilik. Receiptionist da maklumkan yang 2 orang kawan kami da check in & kunci bilik ada kat dia. Kami book 2 bilik STANDARD FAMILY ROOM. Toilet ada kat belakang koridor ya. Nak jemur kain pun boleh, pemandangan belakang Nampak Pacific inn&Sipadan inn3. Masa berebut nak mandi, masa nie lah dapat taw air tueeeeeeee punyaaalah sikit hahah.. Terpaksa menunggu dalam 10-15 minit untuk menadah air dalam bekas baldi yang besar.

8:00 am

1. Cari seafood untuk dinner. Nak ke restaurant, kami naik kereta. Masa nie, member bgitau yang dea sewa kereta dari AIRPORT TAWAU. Katanya xperlu bayar sebab dea dengan rela hatinya sponsor. Hurmm sukurlah nak.. save badget sebab dalam perancangan mmg xnak sewa kereta pun.
Makan seafood kat Ocean Treasure Live Seafood Restaurant. Harganya boleh la , tapi saya rasa seafood KK lagi murah .

DAY 3 ( 7 MAY 2017 AHAD) - DAY TRIP TO BODGAYA/TATAGAN , BOHEY DULANG, MANTABUAN & SIBUAN ISLAND

6:00 am

1. Bangun dan siap sedia untuk Day Trip ke (4 Island) Pulau Bodgaya/Tatagan, Bohey Dulang, Mantabuan&Sibuan.

8:30 am

1. Bergerak ke Jeti Umum dan menunggu ciciek. Bayar ciciek RM70 sorang. Beli Bun&minuman di Jeti Umum. 

9:30 am
1. Boat mula bergerak. 

10:19 am

1.Destinasi pertama ialah Pulau Bodgaya/Tatagan.

2. Orang2 perkampungan di sini akan datang rapat dekat dengan boat, and akan bagi signal nak minta barang2 seperti Topi, Makanan , Anting2 and sebagainya. So hati2 dan jaga barang peribadi anda.

3. Aktiviti di sini Cuma tengok bagaimana keadaan di Perkampungan Air ini & ambil gambar.

10:50 am – 12 Noon 

1. Destinasi Kedua ialah Pulau Bohey Dulang.

2. Diwajibkan untuk membawa kasut sukan masing2. Kalau terlupa bawa xpe, boleh sewa RM5. Tapi kena tunggu lama untuk turn dapatkan kasut. So bawalah siap2 untuk mengelakkan membuang masa.

3. Ada public toilet di sini tapi kebersihan toilet sangat2 lah tidak terjaga.. Hahaha.. Masih lagi ada spesis yang tidak tahu apa itu fungsi Flush .. haha

3. Masa mendaki ikut stamina masing2, saya mengambil masa 1 jam untuk sampai ke puncak.

4. Trek mendaki agak licin sedikit memandangkan baru saja habis hujan renyai2.

5. Aktiviti di sini : Mendaki, Ambil gambar & Lunch.

1:30 Pm

1. Destinasi Ketiga ialah Pulau Mantabuan.

2. Guide lapor diri & bergerak ke snorkelling point.

3. Di sini xda apa yang menarik sangat, banyak Dead Coral.

4. Aktiviti : Snorkelling 15 minit.

2:20 Pm

1. Destinasi Ke-Empat ialah Pulau Sibuan.

2. Ada public toilet & minuman sejuk di jual di Pejabat Taman2 Sabah. ( berada di tengah2)

3. Ada perkampungan darat yang kecil di sini.

4. Aktiviti : Round Pulau , Bergambar & Snorkelling

4:30 Pm – 10:30 Pm

1. Sampai Jeti Umum & Jalan kaki cari Ice cream di Summer Breeze Café. 

2. Bersiap untuk makan malam.

3. Dinner di Summer Breeze Café.

DAY 4 ( 8 MAY 2017 ISNIN -SEMPORNA -> TAWAU-

8:30 am – 6:00 Pm

1. Check out & Breakfast di Semporna Kopitiam.

2. Sampai Tawau dalam jam 2 ptg & Check In Hotel.

3. Melawat Family member.

4. Ronda sekitar Bandar tawau.

5. Membeli belah di Pasar Tanjung Tawau.

9:30 Pm

1. Dinner di Roof Garden Lounge, La Hotel.

DAY 5 ( 9 MAY 2017 SELASA) -TAWAU-

12:00 noon – 5 pm

1. Check Out & Breakfast di Indo Cafe

2. Membeli belah di Pasar Tanjung Tawau.

3. Sampai airport jam 3 petang, check in then menunggu flight jam 5:10pm.

6:00pm

1. Hello Kota Kinabalu 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah