My Travel Pass Bukan Lagi Keperluan Untuk Ke Luar Negara Sebaik Vaksinasi Capai 90 Peratus
GAYA HIDUPOctober 04, 2021 - 10:16 AM
Berita baik buat kaki travel, anda ini tidak perlu lagi memohon My Travel Pass (MTP) untuk ke luar negara tidak lama lagi.
Namun, kebenaran itu hanya akan diumumkan apabila populasi dewasa di negara ini mencapai kadar 90 peratus vaksinasi lengkap kata Perdana Menteri Ismail Sabri.
Perdana Menteri berkata, berdasarkan data terkini mengenai kadar tersebut, beliau percaya perkara itu dapat direalisasikan sedikit masa lagi.
“Hari ini saya sebut, apabila 90 peratus program vaksinasi tercapai untuk dua dos, kita akan membenarkan rakyat keluar negara tanpa memohon My Travel Pass (MTP).
“Maknanya, tak akan digunakan My Travel Pass apabila kadar program vaksinasi tercapai 90 peratus, penduduk keseluruhan. Bermakna seperti saya kata tadi mungkin tak lama lagi,” katanya lagi. ‘
Perdana Menteri berkata demikian dalam program wawancara khas Eksklusif Bersama Perdana Menteri, yang disiarkan di Astro AWANI, TV3, dan RTM pada Ahad malam.
Selain kebenaran ke luar negara, katanya lagi, aktiviti merentas negeri juga boleh dilakukan sejurus negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi populasi dewasa.
Dalam pada itu, Ismail Sabri menerangkan, kerajaan dahulu terpaksa membuat tapisan pergerakan ke luar negara, terutamanya menerusi penerbangan melalui skim MTP, bagi mengelakkan penularan COVID-19 yang lebih serius.
“Dulu kita buat sekatan dari segi penerbangan, kita tak benarkan rakyat kita melancong ke luar negara. Sebab itu kita tapis siapa yang nak keluar negara…tetapi atas urusan perniagaan kita benarkan.
“Untuk pelajar-pelajar yang menyambung pelajaran atau memasuki universiti di luar negara, memang kita benarkan, tanpa My Travel Pass pun Tapi untuk pelancongan kita masih tak benarkan. Untuk suami berjumpa isteri kita benarkan, tapi mesti ada permohonan,” katanya lagi.
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah