Percutian Hujung Minggu Penuh Ketenangan di Shangri-La Rasa Sayang Resort & Spa Penang

HOTEL
February 18, 2020 - 04:20 PM


Shangri-La’s Rasa Sayang Resort & Spa merupakan salah satu hotel 5 bintang di Penang yang menawarkan penginapan mewah hasil kombinasi percutian ala-ala tradisional yang penuh bersejarah dan dikelilingi oleh rimbunan pokok tadahan hujan yang berusia ratusan tahun. Walaupun boleh dikatakan ianya agak old school tapi percutian di Shangri-La’s Rasa Sayang Resort & Spa masih lagi mempunyai ciri-ciri elegant buat mereka yang tinggal di sini. 

Bayangkan aku just datang ke sini tanpa keluar pun dari hotel, sepanjang 3 hari 2 malam di sini aku just lepak dekat bar sambil hirup udara segar bertemankan laptop untuk siapkan mana-mana kerja yang tertunggak. Lagipun dapatlah cari sedikit ilham untuk merancang hidup yang baru di tahun 2020. Sesekali tu ada juga aku tinggalkan laptop dan terus terjun ke swimming pool yang terletak betul-betul di tepi pantai. Dont worry aku tinggalkan laptop bersama staff hotel yang cukup peramah.

Di kala waktu senja yang kian menjelma, aku habiskan masa melihat gelagat pengunjung di tepi pantai sambil menghirup bayu laut yang begitu tenang disaksikan sang suria yang kian menghilang. Suasana yang memang tak dapat aku gambarkan. Cukup membuatkan jiwa ini kembali bernafsu mengejar cita-cita yang pernah hilang satu ketika dahulu. Suasana senja yang tenang ini juga sedikit membuatkan aku semakin dekat dengan pencipta dan mengagumi ciptaan siang dan malam oleh Allah SWT.

Apabila siang sudah hilang bergantikan sang bulan, aku naik ke bilik yang cukup kemas dan luas bagi menghilangkan rasa melekit di badan hasil dari tiupan bayu laut dan butiran pasir yang melekat.

Ruang tandas yang cukup luas dan selesa ini juga memainkan peranan yang penting dalam sesuatu percutian mewah kali ini. Dan siap mandi wangi-wangi jangan lupa sujud kepada pencipta dan menunaikan solat maghrib 3 rakaaat ya. Barulah percutian korang sentiasa dilindungi.

Waktu Malam di Shangri-La’s Rasa Sayang Resort & Spa

Memandangkan aku ni memang tak nak keluar dari hotel, actually bukan tak nak keluar tapi kereta pula tak de sebab aku datang sini pun tumpang orang kan. Haha so memang tak de plan lah nak keluar, so waktu malaam memang aku habiskan lepas di bar untuk dinner jelah.

Bar tepi pantai ni adalah bar yang sama aku lepak waktu petang tadi. Menu dia agak berat tapi sedap untuk dimakan. Portion yang besar. Aku order cheesebugger jer tu pun dah cukup buat perut ni kenyang. Kalau korang nak keluar jalan-jalaan sekitar penang banyak je tempat menarik di sekitar hotel ni.

Pengalaman tidur dekat sini aku bagi 10/10! Dia punya tilam dan bandal, perrghhh memang awesome ar. Korang letak kepala kat bantal je dah boleh lena. Aku biasa sejenis susah untuk lena tapi mungkin disebabkan kualiti bantai dan tilam bila korang baring dia dah terletak elok je, tak adalah nak berguling ke kiri ke kanan lagi dah.

Pagi Yang Fresh

Dah tidur pun lena baik punya, pagi tu memang rasa fresh jer badan bila bangun. Awal pulak tu aku bangun, maybe sebab tidur awal. Lepas subuh kebiasaaanya memang aku tidur balik tapi kali ini aku rileks jer dekat balkoni sambil tunggu waktu untuk breakfast. Bak kata manager hotel yang aku sempat sembang, dia pesan jangan miss breakfast. Katanya breakfast yang ditawarkan di hotel ini antara yang terbaik di Pernang.

Saanggup ni tak tidur, lebih kurang jam 8 pagi aku dah turun breakfast. Agak ramai juga tapi masih ada seat kosong. Pilihan makanan memang macam standard hotel 5 bintang tapi dekat sini lagi banyak pilihan ada Japanese, Indian, Malay dan macam-macam lagi lah. Salad pun not bad.

Habis breakfast aku tak terus naik bilik dulu, aku luangkan sedikit masa lepak dekat garden di bawah rimbunan pokok tadahan hujan sekajap. Dah lama tak merasa di kelilingi pokok-pokok hijau. Duk kat KL asyik tengok hutan batu jer.

Tengah hari tu kalau korang ada masa lebih sikit, boleh cuba spa dekat sini. Aku masa agak limited nak kena balik KL dah. Biasalah tumpang orang kaan. Hehe. Kalau aku drive sendiri nak je aku extend lagi masa aku dekat resort ni.

Shangri-La’s Rasa Sayang Resort & Spa

Bagi korang yang tak pernah stay dekat sini aku sarankan korang stay di Garden Wing Deluxe Garden View Room. View yang korang dapat berhadapan dengan swimming pool dan juga rimbunan pokok tadahan hujan berusia beratus tahun. Sengat seusai untuk mereka yang nak hilangkan tekanan kerja serta pemandangan yang fresh. Bayangkan bangun pagi korang tengok pokok-pokok hijau yang segar. Perghhh mata pun nak juga tengok warna-warna semula jadi kan.

Selain Garden wing, mereka ada juga bilik Rasa wing yang menyediakan view yang berlainan.

Shangri-La’s Rasa Sayang Resort & Spa menyediakan sebanyak 304 buah bilik, dengan 5 restoran dan bar. Jarak hotel ke airport Penang pula hanya mengambil masa 45 minit sahaja.

Bagi mereka yang yang inginkan percutian mewah di dalam garden bolehlah cuba menginap di Shangri-La Rasa Sayang ni. Aku pasti korang akan dapat pengalaman yang cukup tenang dalam penjelajahan menerokai tapak warisan UNESCO ini.

Resort ini juga menawarkan pelbagai lagi kemudahan termasuk Health Club dan Chi The Spa bagi menambahkan rasa ketenangan percutian korang nanti.

Komen aku tentang Shangri-La Rasa Sayang

Overall sepanjang 3 hari 2 malam aku dekat sini semuanya agak memuaskan hati. Kualiti tidur memang tip top. Letak je kepala atas bantal terus boleh lena. Kebersihan mantap. Makanan walaupun bertaraf 5 bintang resort tapi aku bagi extra sebab rasa dia bukan rasa makanan dekat hotel 5 bintang yang lain. Sama juga makanan dekat bar restoran, memang sedap.

Staf-staf kat sana pun boleh puji cukup friendly. Pelbagai aktiviti yang korang boleh lakukan di sini. Nak mandi pantai dan tengok sunset pun tak perlu pergi jauh. Depan resort ni pun boleh mandi. Swimming pool A class. Kalau korang nak cari spot untuk bergambar yang sangat instagrammable boleh ke Rasa Wing yang akan memberi kelainan.

Rating aku bagi untuk Resort 5 bintang ni 10/10 sebab aku cuba juga cari flaws yang ada tapi memang tak jumpa. Flaws yang kecil-kecil tu adalah tapi tak memberi effect sebagai pelanggan hotel yang aku stay ini.

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah