Blue Mansion Penang – Harga Mansion Dalam Crazy Rich Asian Memang Gila

HOTEL
October 12, 2020 - 08:26 AM


Crazy Rich Asian merupakan filem yang viral pada tahun 2018. Ia menampilkan lakonan 2 orang pelakon Malaysia iaitu Michelle Yeoh dan Henry Golding. Filem ini menunjukkan gaya hidup orang yang kaya gila, dan memang kebanyakan dari kita pun tak boleh nak relate dengan gaya hidup mereka.

Dalam filem tersebut, ada satu lokasi ikonik dimana karakter-karakter ini pergi ke bermain mahjong di sebuah rumah agam yang sangat cantik. Kalau korang nak tahu, rumah agam tersebut adalah sebuah lokasi di Penang! Ya, Blue Mansion, juga dikenali sebagai Cheong Fatt Tze Mansion dijadikan sebagai backdrop di dalam filem tersebut.

Jadi kalau korang dah tengok filem tu, mesti korang teringin kan nak duduk di sini? Jangan risau, korang memang boleh pun. Blue Mansion menawarkan pakej 8 bilik untuk 36 orang, memang sesuai untuk gathering keluarga besar atau company retreat. Nak kahwin dekat sini pun boleh, kalau korang ada duit yang mencukupi la.

Dan yang paling penting, lokasi ni memang lawa astetik dia, memang tak puas ambil gambar. Reka bina dan seni bangunan ni sangat cantik. Malah korang juga boleh dapatkan persembahan guzheng peribadi

Setiap bilik yang korang duduk akan dipenuhi dengan hadiah mewah, dan sudah semestinya layanan yang bakal diterima adalah tip top. Makanan pun memang high class, sesuai la untuk korang yang ingin bercuti di lokasi mewah. Tapi berapa harga semua ni untuk satu malam?

Kalau korang nak tahu, satu malam berharga… RM50,000!! Ya! Memang terkejut sangat tengok harga tu. Tapi korang kena ingat, hotel ni dibina untuk orang yang kaya gila. Jadi kalau korang nak tempah bilik di sini, bolehlah hubungi nombor di bawah.

 

No. Telefon:  04-262 0006

Alamat: 14, Leith Street 10200 Penang

Facebook: TheBlueMansion

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah