Carpe Diem Orchard Home, Penginapan Damai Ala Kampung!

HOTEL
April 15, 2022 - 03:16 PM


Kalau korang tak puas beraya di kampung masa raya nanti, apa kata bawak family besar bercuti sekali di Carpe Diem Orchard Home di Serendah, Hulu Selangor. Carpe Diem adalah satu penginapan yang benar-benar beri vibe kampung.

Terdapat pelbagai jenis bilik dan chalet yang sesuai dengan pax dan poket anda. Antaranya Pulasan Chalet, Durian Dua Chalet, Rambutan Chalet, Durian Satu Chalet, Bunga Raya Junior Suite dan Bunga Raya Executive Suit.

 

Yang lagi menarik, di Carpe Diem ada kebun tau! Antara buah-buahan tempatan yang ditanam adalah durian, rambutan, pulasan, langsat, pisang dan betik! Selain dari itu, kolam ikan pun ada, ditemani oleh itik-tik yang comel je berenang. Dah ada itik mestilah ada ayam! Bayangkan korang dikejutkan dengan bunyi ayam berkokok di waktu pagi. Memang vibe kampung habis!

Antara fasiliti asas yang ada seperti kolam renang (depan bilik je boleh terjun terus), penghawa dingin, dapur, gelombang mikro, peti ais dan juga cerek. Nak makan besar pun boleh sebab segala pinggan mangkuk, cawan, sudu garfu turut disediakan! Bbq pit pun ada guys. Tak family day la kalau takda bbq bersama keluarga.

Selain dari itu, banyak jugak aktiviti menarik yang korang boleh buat antaranya:

  • berbasikal
  • hiking
  • dart
  • ping-pong
  • memancing 

Alamat: No. 803, Main Road Serendah, Sungai Choh, Hulu Selangor, Selangor D.E. 48200 Serendah, Selangor, Malaysia

Untuk sebarang maklumat tambahan atau tempahan, anda terus ke Page Facebook Carpe Diem

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah