Mangala Resort & Spa - Nature Retreat Awesome Di Kuantan, Pahang
HOTELDecember 16, 2020 - 02:58 PM
Hujung minggu ini adalah minggu kedua rakyat Malaysia boleh merentas negeri setelah sekian lama terperap dalam negeri sendiri. Jadi sudah tentu korang nak pergi ke lokasi-lokasi cantik dan unik betul tak? Jangan risau, kalau korang ada plan nak pergi ke Pahang, kami suggest untuk duduk di Mangala Resort and Spa di sana. Memang sangat cantik dan menenangkan jiwa.
Resort ini terletak di Kuantan dan ianya dibina di atas bekas lombong biji timah zaman dulu. Tapi sekarang ni dah jadi resort 5-bintang dengan villa moden, tasik buatan, dan suasana resort yang dikelilingi ladang sawit menambahkan lagi kecantikan di resort ini. Ianya sangat sesuai untuk korang yang baru berkahwin dan ingin spend masa bersama yang tersayang.
Terdapat 6 jenis villa yang korang boleh pilih di sini, tapi kami suggest untuk ambil Jala Villa kerana ianya betul-betul terletak menghadap tasik tau. Tapi kalau korang nak dikelilingi oleh flora dan fauna, korang boleh ambil Vana Villa. Jangan risau, semua villa di sini dilengkapi dengan kemudahan moden asas seperti pantri, bathtub, dan bilik air tersendiri.
Oh ya, kalau korang nak villa yang sangat cantik untuk family pula, kami suggest untuk ambil Vana Pool Villa. Seperti namanya, korang akan dapat private swimming pool yang tersendiri. Siap ada patio lagi untuk korang makan di luar sambil menikmati pemandangan pokok-pokok yang mengelilingi villa ini. Kalau korang taknak diganggu oleh pelancong lain, bolehlah lepak di villa ini dengan tenang.
Jadi itulah dia salah satu resort yang ada di Pahang, Mangala Resort and Spa ni memang sangat cantik dan best lagi-lagi kalau korang yang jenis suka bergambar. Setiap ceruk di resort ni memang sangat menarik perhatian dan sudah pastinya gambar korang akan kelihatan seolah-olah berada di dalam filem. Untuk info lanjut, bolehlah pergi ke laman web mereka di bawah.
Alamat: Lebuhraya Tun Razak, Kampung Melayu Gambang, 26300 Gambang, Pahang
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah