Casabrina Vacation Villas - Hidden Gem Di Raub Pahang Dikelilingi Kehijauan Hutan

HOTEL
February 15, 2021 - 03:06 PM


Korang nak lari dari kesibukan bandar dan masuk ke dunia alam fantasi? Wujud ke tempat cantik macam tu? Jawapannya, memang wujud dan ianya terletak di Pahang. Tempat yang dimaksudkan adalah Casabrina Vacation Villas yang terletak di tengah-tengah keindahan flora dan fauna di Raub, Pahang. Memang sangat cantik tempat ni dan agak terkenal dalam kalangan kaki travel luar negara.

Kalau korang tengok design yang digunakan di Villa ni ada iras-iras penginapan percutian di Bali, ini kerana Casabrina Vacation Villas  ni telah direka bentuk oleh seorang arkitek terkenal dari Bali iaitu AA Yoka Sara. Bukan sahaja design luarannya yang sangat unik, tetapi hiasan dalamannya juga memberikan satu rasa eksotik buat pelancong yang duduk di sini. 

Terdapat dua jenis villa yang korang boleh pilih iaitu Villa Aranya dan Villa Amertani. KOrang boleh pilih untuk duduk di tingkat atas atau tingkat bawah di villa tersebut. Dan ada sesetengah villa yang mempunyai balkoni dan ruang santai untuk korang merehatkan diri. Yang paling best, terdapat breakfast percuma yang disediakan untuk pengunjung pada setiap hari. 

Korang juga boleh melakukan pelbagai aktiviti di sini seperti pergi ke sauna, mandi swimming pool, dan BBQ bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan pemandangan panorama yang menakjubkan, jauh dari kesibukan bandar, korang sememangnya boleh rileks dan rehatkan diri di Casabrina Vacation Villas ni. Jangan lupa untuk masukkan ke dalam wish list korang okay?

Alamat: Lot 1460, Jalan Tras, Mukim Tras, Raub

Facebook

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah