RedHouse GardenStay - Staycation Unik Dan Cantik Di Pahang

HOTEL
February 22, 2021 - 03:48 PM


Seperti yang korang semua tahu, di Malaysia ni terdapat banyak pilihan nature retreat untuk korang pergi dan merehatkan diri jauh dari masalah kerja dan kesibukan bandar. Salah satu lokasi yang korang boleh pergi sekarang ni terletak di Pahang iaitu RedHouse GardenStay. Lokasi ini memang kena dengan namanya kerana bangunan di sini berwarna merah.

Terletak di lereng bukit Bukit Tinggi, villa yang mempunyai 6 bilik ini memang sangat luas dan cantik! Terdapat satu platform di hadapan villa tersebut untuk korang berdiri dan menikmati udara segar serta pemandangan indah Pahang. Setiap bilik mempunyai kemudahan asas seperti katil queen dan single, katil sofa, dan juga tatami. 

Jangan risau, aircond, air panas, tuala, dan WiFi juga turut disediakan di villa ini. Kalau korang nak melakukan aktiviti riadah bersama keluarga atau rakan-rakan yang datang, villa ini juga mempunyai laman yang luas. Terdapat juga dapur dan bbq grill yang korang boleh guna untuk memasak dan makan bersama-sama. Jadi memang tak bosan la duduk sini.

Jangan lupa untuk bergambar di lokasi ini kerana RedHouse GardenStay memang sangat cantik dan mempunyai pemandangan yang memukau. So kalau korang ada plan untuk pergi ke Pahang pada masa akan datang, korang bolehlah pergi ke lokasi ini. Untuk maklumat lanjut korang boleh check page Agoda dan Facebook mereka di bawah. 

Alamat: 2, Lot Banglo, Bukit Tinggi Resort, 28750 Bentong, Pahang

Agoda | Facebook

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah