Bercuti Sambil Mengembara Di Mutiara Taman Negara Eco Park Resort

HOTEL
February 16, 2021 - 05:41 PM


Selain dari bercuti untuk merehatkan diri dan lari dari kesibukan bandar, ramai juga di luar sana yang suka mencari aktiviti unik dan mengembara ketika melancong. Kalau korang tergolong dalam kategori tu, min nak suggest untuk korang pergi ke Mutiara Taman Negara Eco Park Resort yang terletak di Pahang ni. Kat sini memang terlalu banyak aktiviti yang korang boleh lakukan. 

Sebelum tu, korang perlu tahu tentang Taman Negara yang seluas 4,343 kilometer persegi. Ianya dibina pada tahun 1939 dan merupakan Taman Negara pertama dan terbesar yang ada di Malaysia. Di sini juga terletaknya hutan hujan yang tertua di dunia pada usia 130 juta tahun. Mutiara Taman Negara Resort mempunyai pemandangan memukau taman negara, Tembeling, dan Sungai Tahan.

Resort di sini mempunyai lebih 87 buah unit penginapan yang korang boleh pilih dan setiap satu darinya mempunyai kemudahan asas seperti Aircond, LED TV, shower panas, dan macam-macam lagi. Resort ini juga mempunyai restoran, Seri Mutiara, yang menyediakan makanan dari 7 pagi hingga 11 malam setiap hari. Jadi korang tak perlu masak kalau tak mahu.

Yang paling best adalah bilangan aktiviti yang korang boleh lakukan sepanjang berada di resort ni. Antaranya:

  • Canopy Walk (View Gunung Tahan)
  • Boat Cruise ke LAta Berkoh
  • Night Jungle Walk
  • Cave Exploration
  • Memancing
  • Wildlife Observation (Tapir, beruang, gajah)
  • Hiking Gunung Tahan
  • Mandi di Sungai Tahan

Jadi kalau korang nak mengembara sambil bercuti di lokasi cantik, korang boleh datang ke Mutiara Taman Negara Resort. Dan sekarang ni pada PKP 2.0, mereka sedang buat promosi tau. Boleh beli tiket sekarang dan stay pada tarikh kemudian hari. Murah je pada harga RM180 dan dapat 2 breakfast percuma, RM30 kredit, dan aktiviti percuma untuk kanak-kanak. Untuk info lanjut boleh pergi ke laman web di bawah.

Alamat: Kuala Tahan Jerantut, 27000 Pahang Darul Makmur, Malaysia

Facebook | Laman Web

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah