Reset Diri Anda Di Enderong Resort, Janda Baik
HOTELJanuary 12, 2022 - 04:28 PM
Janda Baik adalah salah satu destinasi yang sempurna untuk anda yang sukakan alam semulajadi. Terdapat pelbagai chalet, villa yang lengkap dengan kolam persendirian dan resort yang cukup memukau. Salah satu resort yang terbaik, Enderong Resort! Lokasinya yang tak jauh dari Kuala Lumpur cukup sesuai untuk satu percutian yang pendek, tapi berbaloi.
Salah satu ciri unik tentang Enderong Resort adalah lokasinya tersendiri yang berada di tanah tinggi dan juga berkedudukan 2000 kaki atas paras laut di Tanarimba, dan juga salah satu projek hijau yang terbaik di Janda Baik, Pahang. Suasana yang sejuk dan dingin pasti mampu memberi kesegaran kepada anda
Resort ini menawaarkan 5 jenis penginapan dan terdapat 22 bilik. Kalau anda imipikan untuk bangun dari tidur menghadap keindahan semula jadi, anda boleh cuba menginap di Enderong House.
Nak rasa seperti berada di kampung halaman? Anda boleh cuba menginap di Cottage yang tersedia dimana terdapat 4 bilik tidur, satu ruang tamu, ruang makan dan juga dapur. Anda juga boleh menjamu mata anda dengan melihat permandangan yang indah Enderong Valley dengan menginap Annex Room yang merupakan salah satu suite yang ditawarkan
Anda juga boleh bersantai menikmati panas kopi di Enderong Cafe. Satu kafe yang cukup cantik dan nyaman. Pelbagai jenis makanan anda boleh nikmati sama ada makanan tempatan, barat, itali atau jepun.
Takda kolam renang ke kat sini? Takkan la takda kan. Kolam renang di sini menjanjikan pengalaman yang cukup berbeza kerana dilengkapi dengan tumbuhan hijau. Selain itu, anda juga boleh manjakan diri dengan berendam kaki di kolam ikan bersebelahan dengan kolam renang. Antara aktiviti lain yang anda boleh buat seperto jungle trekking dan memanah!
Harga: Bermula RM350 satu malam (berdasarkan bilik pilihan anda)
Alamat: Lot C21, Persiaran Enderong, Jalan Tanarimba Pine, Tanarimba, Janda Baik, Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang
Website: Enderong Resort
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah