Wow, Bestnya Tempat Ni Ada Satu-Satunya Jakuzi 'Open Air' Di Penang!

HOTEL
December 16, 2020 - 04:26 PM


Jika anda bercuti ke Pulau Pinang dan ingin mencari sebuah penginapan yang mempunyai keunikan serta keistimewaan tersendiri -- anda boleh cuba bermalam di ARTE S PENANG!

Homestay yang terletak di pinggir bandar Gelugor, Georgetown ini merupakan satu-satunya bangunan yang direka khas dengan mempunyai sebuah jakuzi terbuka atau 'open air jacuzzi'.

Kredit: drone_yachtie

Menariknya lagi Arte S Penang direka seakan melengkung dan berilusi bergelombang yang dikatakan terinspirasi daripada geografi Pulau Pinang, dengan menara yang terletak di antara bukit-bukit bergelombang di pulau itu dan Selat Pulau Pinang.

Kredit: drone_yachtie

Arte S Penang sebenarnya merupakan sebuah kompleks kediaman yang terdiri daripada sepasang kondominium yang dinamakan Tower A dan B serta menjadi bangunan pencakar langit tertinggi di Georgetown!

Sekiranya anda bercadang untuk menginap di Arte S Penang, anda jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri kemudahan yang menarik disediakan di sini seperti sauna, spa, kolam renang, gimnasium, taman permainan kanak-kanak, pit BBQ dan tentu saja jakuzi udara yang terletak di tingkat 41.

Malah jika menginap di sini, anda juga mempunyai akses yang dekat dengan beberapa destinasi pelancongan menarik lain antaranya Tokong Kek Lok Si, Armenian Street, Kota Cornwallis, Entopia, Escape Theme Park dan Batu Ferringhi Beach.

Kredit: cohans_penang

 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah