Wow, The Amanjena Resort Ala-Ala Bercuti Di Santorini, Melaka!
HOTELAugust 24, 2020 - 12:09 PM
Memandangkan sekarang ni kita hanya dibenarkan untuk Cuti-Cuti Malaysia kerana pintu sempadan negara belum dibuka dan kita masih tidak dibenarkan membuat perjalanan ke luar Malaysia.
Mesti ramai yang dah rindu dengan bau airport untuk bercuti ke destinasi antarabangsa impian masing-masing, kan...
Ada tak kat sini yang dah lama mengidam nak melancong ke Santorini, Greece sebuah destinasi popular dunia yang terkenal dengan tema warna putih dan biru?
Jika korang salah seorang yang dimaksudkan, mungkin buat sementara ini korang boleh bercuti ke 'Santorini Melaka' atau dikenali sebagai THE AMANJENA RESORT!
Ini kerana rekabentuk dan dekorasi hiasan yang digunakan di resort tersebut juga bertemakan gabungan warna putih biru persis di Santorini.
Pastinya pengalaman menginap di The Amanjena Resort ini menjanjikan sebuah percutian yang penuh dengan ketenangan sama seperti namanya "Amanjena" dalam bahasa Arab yang bermaksud kedamaian.
The Amanjena Resort yang terletak di Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka ini baru sahaja dibuka pada bulan Ogos 2020 ni.
Resort yang dilengkapi dengan kolam renang dan pemandangan indah Pantai Pengkalan Balak ini menawarkan beberapa jenis bilik penginapan, antaranya seperti :-
1) Pool View Family Room (Unit L-shape terbesar)
- 1 queen + 3 super single bed = RM650 semalam
2) Pool View Executive
- 1 queen bed + 1 super single = RM590 semalam
3) Pool View Deluxe Room
- 1 queen bed + 2 single = RM490 semalam
4) Triple Deluxe
- 1 queen bed + 1 super single = RM490 semalam
5) Seaview Triple Deluxe
- 1 queen bed + 1 single = RM440 semalam
6) Seaview Deluxe King
- 1 king bed = RM420 semalam
7) Double Deluxe
- 2 single bed = RM390 semalam
Selain berpeluang berehat dan bersantai sambil boleh 'fefeeling' ala-ala berada di Santorini, setiap sudut dan ruang di The Amanjena Resort ini juga sangat cantik untuk bergambar Instagram.
Resort ini bukan sahaja sesuai bagi mereka yang ingin berbulan madu, malah untuk korang yang nak buat 'family gathering' beramai-ramai.
Ini kerana The Amanjena Resort juga menyediakan beberapa aktiviti menarik untuk korang lakukan bersama ahli keluarga seperti barbeku, menaiki bot menelusuri Pantai Pengkalan Balak untuk melihat pemandangan matahari terbenam, menonton filem di skrin besar di tepi kolam renang dan anak-anak berpeluang bermain pasir pantai di sand pit yang disediakan khas buat mereka.
Best, kan resort ini untuk percutian Santorini korang! Hehehe...
Kalau berminat korang boleh membuat tempahan bilik di www.wasap.my/60176213055 atau di Facebook The Amanjena Resort.
ALAMAT: The Amanjena Resort, Lot 3357, Jalan Pengkalan Balak, Pengkalan Balak, 78300 Masjid Tanah, Melaka.
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah