Itinerari 5 Hari 4 Malam Jalan-Jalan Kelantan
ITINERARYAugust 11, 2020 - 02:31 PM
Bagi merancakkan promosi Cuti-Cuti Malaysia di kala kita sedang berada di fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) -- pihak Tourism Malaysia pada 16 hingga 20 Julai lalu telah menganjurkan Ekspresi Media Kelantan 2020.
Dengan tumpuan lokasi di di Dabong, Tumpat dan Pengkalan Datu, Kelantan -- ekspresi tersebut dilaksanakan sebagai sebuah platform perkongsian pengalaman dan pengenalan pelancongan norma baharu selepas pasca Covid-19.
Seramai 15 warga media dan para blogger tempatan termasuk wakil daripada Rileklah telah dijemput menyertai siri pertama ekspresi itu bagi tahun 2020 khusus bagi mempromosikan Negeri Kelantan daripada sudut berbeza menerusi produk-produk baru, fotografi, lanskap serta penulisan.
Di sini kami kongsikan itinerary selama 5 hari 4 malam kepada korang yang berminat untuk menjelajah lokasi-lokasi baru yang menarik di Negeri Cik SIti Wan Kembang.
HARI PERTAMA
1000 Pagi - Bertolak dari MATIC, Kuala Lumpur ke Kelantan menaiki bas
1530 Petang - Dijangka sampai ke Dabong dan daftar masuk di Jelawang Pipe Resort & Extreme Park
Kg Bukit Bedak Jelawang, 18200 Dabong
Tel : 014-832 4363
1700 Petang - Aktiviti Zip Line
Jarak sepanjang 180 meter dengan pemandangan Gunung Che Tahir dan Air Terjun Sungai Batu
2000 Malam - Makan malam BBQ
HARI KEDUA
0730 Pagi - Sarapan di resort
0830 Pagi - Daftar keluar
0930 Pagi - Lawatan ke Kompleks Gua Ikan
Gua batu kapur yang berusia kira-kira 150 juta tahun menghimpunkan Gua Ikan, Gua Pagar, Gua Gelap dan Gua Keris. Terdapat panorama yang terkenal dengan jolokan 'God Light' bila mana cahaya matahari memasuki gua yang gelap terus ke lantai gua.
1300 Tengah Hari - Makan tengah hari di Adam Cafe
1400 Petang - Aktiviti ‘Tubing’ Sungai Kenerong
1600 Petang - Bertolak Ke Kota Bharu
1800 Petang - Daftar masuk H Elite Design
Hotel AG- G -09 , AlWaqf @ Tunjong, Jalan Kuala Krai, 16010 Kota Bharu
Tel : 09-740 5757
2000 Malam - Makan malam di Kedai Makan Mak Da, Jalan Kuala Krai
HARI KETIGA
0730 Pagi - Sarapan di hotel
0830 Pagi - Bertolak ke Warung Pak Mat Pulau Pisang bagi menikmati 'Teh Madu Beng' yang popular di Kelantan.
0900 Pagi - Menaiki bot ke Pantai Suri Floating Market
Pasar terapung pertama di Malaysia menghimpunkan pelbagai jualan, khususnya yang hanya terdapat di sekitar perkampungan pulau termasuk jeli kelapa, gula melaka, madu, nasi berlauk pagi, aneka kuih tradisional dan kerabu nipah.
1030 Pagi - Lawatan ke Homestay Pulau Suri
- Persembahan kebudayaan
- Demonstrasi Pembuatan Kuih Kapit
- Pertandingan/Demonstrasi ayam berkokok
1200 Tengah Hari - Makan tengah hari di Homestay Pulau Suri
1300 Petang - Lawatan ke Perusahaan Serunding, Dodol & Kuih Gelembung Buaya di RS Serunding
1400 Petang - Lawatan ke Bengkel Batik Ayu Fashion, Kg Talak
Melawat bengkel yang mempunyai lebih 5000 blok batik cop dan menyaksikan proses menyiapkan batik blok.
1600 Petang - Kembali ke hotel
2000 Malam - Makan malam dan Majlis Ramah Mesra Media Bersama EXCO Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Negeri Kelantan & Pelancaran The Best of Kelantan Discovery Package Campaign by Firefly Holiday
HARI KEEMPAT
0730 Pagi - Sarapan di hotel
0900 Pagi - Menelusuri Sungai Pengkalan Datu menaiki perahu kolek dan melihat aktiviti penduduk tempatan mengutip Nira Nipah - Mengutip lokan - Rumah Api - Perkampungan Nelayan
1030 Pagi - Lawatan ke Masjid Ar-Rahman, Pulau Gajah
Binaan masjid mempertontonkan keunikan senibina Islam dan Melayu dengan menerapkan gabungan hiasan dari negara Indonesia, Maghribi, Yaman dan Turki.
1100 Pagi - Lawatan ke Rumah Cina Kampung Kelantan (Rumah warisan berusia 200 tahun)
1130 Pagi - Lawatan ke Pantai Senok (Pantai dengan ribuan pohon rhu dengan rumah api yang di atas asas berbatu di tepi laut)
1300 Petang - Makan tengah hari di Restoran Nasi Ulam Cikgu, Taman Orkid
1430 Petang - Lawatan ke Muzium Hobi
Berkonsepkan pelbagai barangan sama ada moden atau klasik, merupakan muzium Diecast pertama di Malaysia dan muzium hobi mainan pertama di negeri Kelantan.
1600 Petang - Kembali ke hotel
1930 Malam - Makan malam di Sabye Sabye Cafe, Tumpat
2030 Malam - Lawatan ke Galeri Wayang Kulit Tradisional Kelantan, Kg Morak Galeri yang dibina sendiri oleh Tok Dalang Pak Dain sebagai pusat rujukan wayang kulit
HARI KELIMA
0730 Pagi - Daftar keluar
0800 Pagi - Sarapan pagi di Ayang Café
0900 Pagi - Lawatan menaiki beca ke Palestine Street Alley & Pasar Siti Khadijah
1200 Tengah Hari - Makan tengah hari
1300 Petang - Bertolak pulang Kuala Lumpur
2100 Malam - Tiba di Kuala Lumpur
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah