10 Hostel Backpackers Dengan Rating Terbaik Di Kuching
HOTELMarch 14, 2019 - 04:04 PM
Kuching atau lebih tepat sekarang ini Bandar Raya Kuching adalah ibu negeri dan juga kawasan berpenduduk paling ramai di Sarawak. Bandar yang terletak besebalahan dengan Sungai Sarawak ini merupakan destinasi pilihan oleh backpackers, baik dari kalangan backpackers tempatan mahupun antarabangsa.
Selain disebabkan banyaknya tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi sekitar Kuching, makanan ikonik Sarawak juga mudah didapati disini.
Kalau korang pertama kali ingin ke Sarawak, dan lokasi pilihan adalah Kuching kami syorkan anda cari penginapan di sekitar Kuching Waterfront. Di kawasan Waterfront ini, pada kami agak mudah dan macam-macam boleh dibuat dan jarak antara satu tarikan sangat dekat dan boleh berjalan kaki sahaja.
Untuk backpackers, semestinya korang akan pilih untuk tinggal di backpackers hostel. Walaupun namanya hostel, ada antara tempat penginapan ini menyediakan bilik berasingan dan bukanlah macam asrama.
Kalau di kawasan Waterfont Kuching, memang tak dinafikan banyak tempat penginapan yang murah dan banyak juga yang menyediakan penginapan ala backpackers. Ini antara hostel backpackers yang terbaik di Kuching (mendapat rating 8 ~ 10) dan kebanyakan hostel ni terletak di tingkat 1 di rumah kedai – rumah kedai yang terdapat di Kuching.
#1. 8@KaiJoo Guest House – 0.9km dari pusat bandar
Terletak agak tersorok di deretan rumah kedai di Kai Joo Lane, kawasan ini betul-betul berada bersebelahan dengan India Street.
8Kaijoo ni mempunyai 4 bilik buat masa sekarang ni. 2 dorm dengan air-cond, 1 bilik double dan 1 single bed – kipas sahaja.
Plaza Merdeka, salah sebuah mall yang ada di Kuching ni pun dalam 1 minit perjalanan je.
Harga bermula dari : RM 31 ~ RM 90
Alamat : Tingkat 1, No. 8, 185 Kai Joo Lane, Kuching
#2. Sunset Homestay – 0.2km dari pusat bandar
Sunset Homestay walaupun agak jauh sikit dari Waterfront tapi ia menawarkan penginapan ala dormitory dan antara yang mempunyai rating tertinggi. Walaupun berkonsepkan dormitory, setiap kapsul katil tu dilengkapkan dengan langsir untuk privacy.
Dari segi tandas, tandas kongsi lah macam biasa. Kemudahan lain macam dapur, microwave semua ada.
Bestnya pasal Sunset ni, dia ada tawarkan sewaan kereta jugak.
Harga bermula dari : RM 24
Alamat : E36, Tingkat 2, Taman Sri Sarawak, Jalan Green Hills, Kuching
#3. Woodpecker Lodge – 0.3km dari pusat bandar
Woodpecker Lodge ni lokasi dia jauh sikit dari kawasan Waterfront, tapi lagi dekat untuk ke pelbagai tempat menarik sekitar Kuching.
Bangunan logde terletak berhadapan Sungai Saraawak dan menawarkan 32 bilik yang mempunyai design yang berlainan.
Harga bermula dari : RM 20 ~ RM 90
Alamat : No. 264, Tingkat 1 & 2, Jalan Chan Chin Ann, Kuching
#4. Singgahsana Lodge – 0.4km dari pusat bandar
Singgahsana Lodge ni diilhamkan oleh traveller jugak, jadi diorang memang nak setiap penghuni yang singgah ada feel macam berada di ‘rumah’.
Selain itu, boleh nampak style Sarawak di lodge ni. Menariknya, di common room, ada menempatkan artifak yang dikumpul oleh suku kaum yang terdapat di Sarawak. Singgahsana ada sediakan basikal untuk korang pusing Kuching jugak okay.
Harga bermula dari : RM 29 ~ RM 129
Alamat : No. 1, Temple Street, Kuching
#5. Hero Hostel – 0.2km dari pusat bandar
Bersesuaian dengan nama, hostel ini menggunakan tema superhero. Hero Hostel boleh dikatakan berada di ‘golden triangle’ sebabnya dikelilingi oleh pelbagai tempat makanan, pusat beli belah dan kedai serbaneka yang semuanya tak sampai 5 minit perjalanan.
Harga bermula dari : RM 50 ~ RM 120
Alamat : Tingkat 3, Lot 360, Jalan Bukit Mata Kuching, Kuching
#6. The Radioman Heritage Hostel -– 0.4km dari pusat bandar
Terletak di Wayang Street, The Radioman terletak berdepan dengan Kuching Waterfront dan ia menawarkan penginapan yang selesa dengan harga berpatutan.
Dari segi lokasi pulak, bersebelahan dengan Carpenter Street atau lebih dikenali sebagai Chinatown. Macam-macam barangan atau buah tangan korang boleh dapatkan disini.
Harga bermula dari : RM 25 ~ RM 65
Alamat : No.1, Wayang Street, Kuching
#7. Le Nomad Hostel – 0.4km dari pusat bandar
Le Nomad Hostel ni kalau nak diikutkan baru dinaiktaraf pada 2016. Menurut review, ramai yang memuji common room yang ada disini. Selain suasana yang sangat kondusif.
Le Nomad Hostel menawarkan 2 pilihan penginapan iaitu private dan dorm untuk berkongsi.
Harga bermula dari : RM 25 ~ RM 75
Alamat : Tingkat 1, Jalan Green Hill, Kuching
#8. Threehouse Bed and Breakfast – 0.7km dari pusat bandar
Terletak 2 minit perjalanan dari Kuching Waterfront, Threehouse B&B ini sangat bersesuaian untuk korang yang nak habiskan masa berjalan-jalan sekitar bandar Kuching sebab segalanya dekat.
Bilik private dilengkapi dengan aircond walaupun berada di bangunan yang agak lama. Selain pada itu, ramai yang memuji staff mereka.
Harga bermula dari : RM 65 ~ RM 71
Alamat : 51, Upper China Street, Kuching
#9. Quiik Cat -– 0.4km dari pusat bandar
Quiick Cat antara salah satu yang mendapat rating tinggi juga di kebanyakan laman web dan menawarkan dua jenis penginaman, sama ada dorm atau bilik biasa.
Terdapat lounge yang dibuka jam 6 petang hingga 11, Isnin hingga Sabtu korang dah tak payah nak keluar kalau nak minum apa-apa.
Seperti hostel lain jugak, disebabkan lokasinya yang strategik, kebanyakan tempat menarik di Kuching dalam 10 hingga 15 minit perjalanan sahaja.
Harga bermula dari : RM 30 ~ RM 110
Alamat : 12B, Wayang Street, Kuching
#10. Loft Waterfront
Hostel Loft Waterfront ni terletak seberang jalan berdepan dengan Kuching Waterfront dan berada di tingkat 1. Mempunyai 9 buah bilik, semua bilik dilengkapi dengan aircond.
7 bilik dilengkapi katil double dan 2 lagi bilik berkonsepkan perkongsian iaitu dua katil dua tingkat boleh muatkan 4 orang.
Dari segi pengalaman menginap disini, memang selesa. Cuma kena ingat yang bangunan ini lantainya kayu, jadi kalau ada pergerakan orang lain tu, korang boleh dengar lah.
Harga bermula dari : RM 49
Alamat : Tingkat 1, Jalan Main Bazaar, Kuching
All image credit to : HostelworldETIKA MENGINAP DI BACKPACKERS HOSTEL
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah