[Hotel Review] Royale Chenang Resort, Langkawi

HOTEL
August 23, 2019 - 11:18 AM


Walaupun nama resort ini adalah Royale Chenang, tapi ia bukan terletak di Pantai Chenang, tetapi di Pantai Tengah, Langkawi. Lebih tepat, ianya terletak di Jalan Teluk Baru, Pantai Tengah, Langkawi.

Dari segi lokasi dari tarikan popular, ia terletak tak jauh dari Underwater World Langkawi dan untuk ke kawasan pantai, hanya perlu berjalan kaki sekitar 300 meter dan hanya 3 kilometer untuk ke Pantai Cenang. Jarak resort untuk ke lapangan terbang Langkawi pula 11 kilometer.

Lobi Hotel

Kalau ikutkan rating, resort ini mempunyai rating terbaik di kawasan tersebut dan dari segi lokasi, ia mendapat rating sebanyak 8.9 di Booking.com.

PILIHAN BILIK

Dari segi pilihan bilik, korang boleh memilih dari 8 pilihan bilik dan ianya sesuai untuk pasangan mahupun keluarga.

Harga untuk bilik standard bermula daripada RM250 +/- untuk satu malam dan ini termasuk sarapan pagi.

Kalau untuk keluarga, kitorang syorkan korang ambil Junior Suite yang mempunyai 2 bilik, satu bilik dengan katil queen dan satu bilik dengan dua katil single. Maksimum boleh masuk kalau ikutkan, 4 oranglah.

Menariknya, untuk junior suite ni, ada pilihan yang mempunyai kolam renang sendiri. Harga adalah RM698 +/- untuk satu malam.

Harga Penginapan Di Royale Chenang Resort

Kemudahan Di Bilik  

Sebelum bercakap jauh berkenaan pengalaman kitorang bermalam di sini, nak ceritalah bilik mana yang kitorang pilih. Untuk review ni, kami diberikan unit Junior Suite With Private Pool. Maknanya, ada kolam renang private di dalam kawasan ‘rumah’ kitorang.

Ha, untuk suite, konsep dia macam rumah. Berpagar.

Selain kolam renang private tadi, ada jugak kolam renang besar untuk kegunaan semua.

Kalau di bilik, kami berpuas hati dengan kemudahan yang ada. Sebabnya, memang lengkap. Ada peti sejuk mini, pengering rambut, tv dengan rangkaian satelit.

Selain itu, setiap unit ada unit patio atau balcony sendiri. Jadi, kalau nak sembang-sembang dekat luar rumah tu, boleh lah.

SARAPAN

Sarapan disediakan dan memang disertakan sekali kalau bermalam di sini. Konsep yang digunapakai adalah ala carte da bukannya buffet.

Ada 5 pilihan menu untuk makanan utama dan ditambah dengan satu atau dua jenis hidangan sampingan. Hidangan ini akan berubah setiap hari.

Untuk minuman, ada disediakan teh, kopi, dan minuman kordial sejuk.

Kami sarankan, korang pilih nasi lemak. Sebab nasi lemak kalau tak silap satu – satunya makanan tempatan, selain tu semua pilihan ala English breakfast.

Kemudahan Lain

Kemudahan lain yang kitorang nampak berdekatan dengan hotel ini adalah tempat untuk sewa motor dan kereta, hanya selang beberapa buah rumah sahaja.

Spa. Ada beberapa spa yang jaraknya tak sampai 100 meter atau 200 meter dari hotel. Jadi, kalau korang nak manjakan diri di spa, tak susah pun.

Kedai serbaneka. Ada sebuah kedai serbaneka 24 jam berdekatan hotel. Ini dalam 100 meter jugak dari hotel. Tapi bukan 7 eleven atau KK Mart lah, kedai serbaneka biasa. Dari segi pilihan barang, agak banyak jugak pilihan sebenarnnya. Harga pun, tak semahal di kedai serbaneka yang ‘ada nama’.

Restoran. Selang beberapa blok / lot dari resort terdapat banyak kedai makan. Kalau korang nak makan, senang nak cari makan kawasan ni. Kalau bosan, naik ajelah Grab untuk ke kawasan Pantai Chenang, harga Grab sekitar RM5 hingga RM6 ringgit. Ini mungkin berbeza mengikut waktu dan permintaan.

Kesimpulan : Kitorang tak boleh nak cerita lebih pasal bilik – bilik lain sebab masa kitorang review tu, tak ada unit kosong untuk kitorang masuk dan tengok. Tapi, untuk Suite dengan pool tu, boleh dikatakan sangat sesuai kalau korang datang dengan kawan – kawan atau keluarga sebab biliknya pun luas. Siap muat letak dua tilam lagi dekat lantai. Itu belum masuk kalau nak lepak dekat ruang tamu.


BACA JUGA

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah