Pakej Serendah Harga RM 130 Di Pulau-Pulau Di Mersing? Biar Betul?

VIRAL
October 01, 2020 - 01:17 PM


Untuk korang yang tak tahu, di Mersing ada 93 buah pulau tau. 93! Rasanya kalau setahun apply cuti pun belum tentu boleh habis pusing pulau di sana. Menurut Setiausaha Persatuan Pelancongan Mersing (MTA), Ahmad Firdaus Shaik Omar berkata sambutan pakej pelancongan ke pulau di Mersing mendapat sambutan hangat sejak PKPP yang lalu.

Lokasi pulau-pulau ini sangat dekat, jadi memang menjadi pilihan pelancong bagi yang nak pergi berjalan balik hari. Biasanya dari pukul 8 pagi mereka datang dan pukul 6 petang dah balik. Disebabkan lokasi pulau yang sangat dekat, terdapat 10 bot yang membuat pusingan dari Jeti Mersing ke pulau yang diingini setiap hari. Setiap bot muat 12 orang penumpang.

Dan banyak pengusaha hotel, resort dan chalet yang menawarkan harga serendah RM130 hingga RM170 seorang untuk lawatan harian. Murah sangat ni, sebab pakej RM 130 akan bawa korang pergi snorkeling ke 3 pulau iaitu Pulau Besar, Pulau Tengah, dan Pulau Hujung.

Manakala pakej RM 170 pula korang akan dibawa ke Pulau Tokong Rakit, Pulau Sibu Kukus, Pulau Mentigi, Pulau Lima, dan Pulau Tinggi. Tapi kalau korang tak nak pergi pulau, boleh juga berkelah di tepi pantai atau bermandi manda di sana. Antara pantai yang best adalah:

  • Pantai Air Papan
  • Pantai Tanjung Leman
  • Pantai Pasir Lanun
  • Pantai Penyabong
  • Pantai Tanjung Resang

Memang best pantai-pantai dan pulau-pulau di Mersing ni. Malah lokasi ini juga menjadi lokasi pengambaran filem Crazy Rich Asians tau. So korang teringin nak datang sini? Korang boleh stay di resort dan hotel di bawah ni:

  • Batu Batu Resort
  • Aseania Resort
  • Bayu Lestari Island Resort
  • Shaz Resort
  • Sibu Island Resort
  • Rawa Island Resort
  • Mirage Island Resort
  • Sari Pacifica Beach Resort

Walau mana tempat sekali pun korang nak pergi, korang kena jaga SOP okay? Mungkin korang dah bosan min cakap benda ni dalam setiap artikel, tapi kita kena jaga jarak social dan pakai mask untuk keselamatan diri kita. So have fun di Mersing guys!

 

Sumber: Harian Metro

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah