Pantai Air Papan Mersing, Ditutup Sementara
VIRALJanuary 21, 2022 - 05:38 PM
Pantai Air Papan, di sini ditutup sementara sejak Rabu lalu hingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
Majlis Daerah Mersing menerusi hantaran di laman Facebook, MY Mersing berkata, langkah itu berikutan pelaksanaan kerja-kerja pembersihan di sekitar pantai berkenaan.
"Tiba masanya pantai kita direhatkan seketika bagi memulihkannya. Sampah hanyut dan ada juga sampah yang ditinggalkan pengunjung menghiasi pantai ketika ini. Menyedihkan bukan?.
"Penutupan sementara Pantai Air Papan bagi melaksanakan aktiviti pembersihan sekitar pantai.
"Namun jangan bimbang, ia hanya sementara dan tidak lama, kami tahu anda pasti rindu untuk menikmati keindahannya. Diharapkan apabila ia dibuka kelak, keindahan dapat terus terpelihara dan kita semua boleh menjadi masyarakat bertanggungjawab," menurut hantaran itu.
Pantai Air Papan yang terletak kira-kira lapan kilometer dari bandar Mersing sering menjadi destinasi percutian dan riadah di daerah ini.
Ia bukan sahaja untuk bermandi-manda, malah orang ramai berpeluang membeli pelbagai buah tangan untuk dibawa pulang, sekali gus memberi manfaat kepada peniaga di sekitar pantai berkenaan. – BERNAMA
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah