Pelbagai Aktiviti Berasaskan Nature Di Darulaman Sanctuary Langkawi

TARIKAN
August 22, 2019 - 01:02 PM


Terletak di kaki Gunung Raya Langkawi dan berada di dalam kawasan rizab hutan yang diwartakan, tak ramai yang sedar akan kewujudan Darulaman Sanctuary ini sebenarnya.

Dengan persekitaran yang berbukit dan berdekatan dengan sungai, ianya menjadikan lokasi santuari ini sangat ideal untuk tujuan eko – pelancongan.

Kalau korang minat aktiviti berasaskan aktiviti outdoor, hiking dan sebagainya, Darulaman Sanctuary adalah tempat yang korang patut tuju. Ramai yang sangka, Langkawi ni hanya ada pantai cantik, kereta kabel dan shopping je. Sebenarnya ia penuh dan kaya dengan flora dan fauna.

Kredit Foto : Darulaman Sanctuary

Jika anda ke Darulaman Santuary ini, ada beberapa aktiviti berasaskan hutan yang boleh dilakukan seperti jungle walk, jungle trekking, aktiviti melihat burung dan rama – rama serta macam – macam lagi.

Kredit Foto : Darulaman Sanctuary

Baru – baru ini, berkesempatan untuk sertai salah satu aktiviti di sini iaitu Jungle Walk. Sangat mempersonakan sebab kami sendiri terkejut dengan hidupan serta kepelbagaian spesis flora dan fauna yang ada di kawasan Lubuk Semilang ini.

Difahamkan, terdapat lebih daripada 100 tumbuhan ubat sepanjang trek yang kami lalui dan setiap satunya akan diceritakan oleh seorang pengendali atau guide yang sangat berpengetahuan luas tentang kawasan tersebut.

Selain tumbuhan, kalau korang bernasib baik, korang boleh nampak hidupan liar yang menjadikan Lubuk Semilang sebagai habitat mereka. Antara yang sempat kami nampak tempoh hari adalah burung enggang yang menjadikan kawasan Gunung Raya sebagai tempat tinggal mereka.

Kredit Foto : Darulaman Sanctuary

Selain enggang, ada pelbagai lagi spesis burung yang kelihatan terbang dan singgah di sini.

Berbalik kepada aktiviti tadi; macam yang kami sebut, ada pelbagai pilihan aktiviti yang korang boleh jalankan disini dan harganya bergantung kepada aktiviti dan bilangan orang yang pergi lah.

 

Sanctuary Jungle Walk :

Aktiviti ini ambil masa 2 jam dan korang akan dibawa berjalan masuk dan akan berjalan masuk ke kawasan Lubuk Semilang.

Kalau bernasib baik, korang boleh nampak atau jumpa pelbagai serangga dan salah satunya adalah rama – rama yang secara keseluruhannya ada 500 spesis telah direkodkan disini.

Harga : RM160 untuk dewasa | RM90 kanak – kanak bawah 12 tahun

Harga yang dinyatakan adalah termasuk pengangkutan pergi dan balik dari dan ke hotel, insurans, guide dan air mineral.

 

Sanctuary Jungle Trekking :

Untuk aktiviti jungle trekking, sama juga seperti yang atas tadi, permulaannya adalah di Lubuk Semilang dan pengunjung akan dibawa masuk ke kawasan hutan hujan di kaki Gunung Raya sejauh 4.2 kilometer.

Menariknya adalah, aktiviti ini akan dimulakan pada awal pagi dan kebiasaannya waktu pagi di sini ‘nyanyian’ hutan sangat indah. Nak diceritakan pun tak reti, cuma apa yang kami boleh katakan, ia bunyi yang sangat menenangkan.

Harga : RM190 untuk dewasa | RM110 untuk kanak – kanak bawah 12 tahun

Harga termasuk apa yang ada di pakej sebelum ini tetapi untuk aktiviti jungle trekking, akan ada tambahan iaitu picnic.

 

Sanctuary Fullday Birdwatching :

Untuk peminat burung atau mereka yang suka menggambarkan burung, tour ini sangat berbaloi untuk korang cuba. Sesi birdwatching ini dipecahkan pada  dua sesi iaitu pada 7.30 pagi dan 3 petang.

Setiap sesi masa yang akan diambil sekitar 3 ke 4 jam. Jadi memang seharianlah korang dekat sini. Biasanya, apa yang cuba nak dicari adalah Great Hornbill yang memang ada di Langkawi, cuma biasalah hidupan liar. Nampak atau jumpa itu bergantung pada pergerakan burung itu lah.

Kredit Foto : Darulaman Sanctuary

Harga : RM370, ini termasuk insurans, pengangkutan, minuman, guide dan binocular.

p/s : Bawak zoom lens kalau nak dapat gambar cun!

 

Santuary Butterfly Walk :

Kedudukan geografi dan geologi Langkawi yang unik membuatkan ianya secara semulajadi mempunyai spesis hidupan serta tumbuhan yang pelbagai, ini termasuklah spesis rama – rama.

Kredit Foto : Darulaman Sanctuary

Di Langkawi, direkodkan ada sejumlah 500 spesis rama – rama dan kupu – kupu dan kebanyakkannya direkodkan sekitar Lubuk Semilang.

Aktiviti memerhati rama – rama ini bermula jam 10.30 pagi hingga 1.30 petang dan ini termasuk masa untuk ke sini.

Harga : RM160 untuk dewasa | RM90 untuk kanak – kanak bawah 12 tahun.

Sama seperti pakej birdwatching, semuanya akan disediakan termasuklah binocular.

Cuma difahamkan, bilangan minimum peserta adalah dua orang untuk kesemua aktiviti.

Boleh rujuk senarai harga penuh di bawah :

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Darulaman Sanctuary di talian +04 – 955 8080 atau emel kepada marketing.leisures@bdb.com.my.  

Alamat : Darulaman Sanctuary, Lubuk Semilang, 07000 Langkawi, Kedah Darul Aman.

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah