Jangan Ingat Kat Oversea Je Ada 'SkyBike'. Langkawi Pun Ada Tau!

TARIKAN
March 30, 2022 - 04:15 PM


Kalau bercuti ke luar negara atau negara jiran Indonesia seperti di Bali, Bandung dan Yogyakarta, antara tarikan yang paling popular yang mesti dicuba adalah menaiki Skybike atau 'basikal terbang'.

Lebih tepat lagi naik basikal atas line lalu ambil gambar nampak seakan korang sedang berbasikal di atas langit. Wow sangat gambar, kan!


Tapi korang tahu tak sebenarnya untuk menaiki Skybike sebegitu korang tak perlu pun untuk terbang jauh-jauh sampai ke negara orang sebab di negara kita sendiri pun ada tau!

Kalau korang tak percaya korang boleh singgah ke Adventure & Xtreme Park di Pulau Langkawi sebab di sana ada menawarkan aktiviti menarik tersebut.

Adventure & Xtreme Park yang terletak di Kampung Kilim, Jalan Ayer Hangat, Langkawi ini bukan saja menyediakan aktiviti berbasikal di atas udara -- malah ada pelbagai lagi aktiviti yang mengujakan ada di sini antaranya :-

- ATV

- Lumba go kart

- Flying fox

- Memanah

- Menunggang kuda

- Paint ball

- Wayang 5D

- Rumah hantu

- Muzium 3D & muzium terbalik

Sebab itu kalau korang datang bercuti ke sini, lagi banyak aktiviti yang korang ambil lagi banyak diskaun yang korang dapat dengan ambil pakej kombo! Main satu-satu aktiviti pun boleh cuma agak rugi lah...

Harga Tiket 5 Tarikan

HARGA TIKET WALK-IN DEWASA (RM) KANAK-KANAK (RM)
6 dalam 1 55 45

Kredit Gambar: Langkawi Adventure & X-Treme Park

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah