Senarai 10 Resort Terbaik Di Pulau Tioman

HOTEL
August 22, 2019 - 03:20 PM


Bagi yang merancang untuk bercuti ke destinasi pelancongan popular di Pahang iaitu Pulau Tioman, anda tidak perlu risau tentang soal penginapan.

Ini kerana di pulau berkenaan terdapat banyak pilihan hotel, resort, chalet dan homestay yang boleh disesuaikan dengan gaya percutian serta bajet anda.

Berikut disenaraikan antara 10 resort terbaik yang mendapat rating dan review positif serta menjadi 'Pilihan Pengembara TripAdvisor 2019'!

1. X RECTOR MINSU

X Rector Minsu yang menghadap pinggir laut merupakan sebuah resort bertaraf 4 bintang yang terletak di Kampung Genting, Pulau Tioman.

Ia menyediakan bilik-bilik berhawa dingin dengan bilik mandi peribadi serta dilengkapi taman, lounge dan bar berkongsi. 

Sarapan disediakan setiap hari dengan menu hidangan termasuk pilihan Asia, Inggeris dan Ireland.

X Rector Minsu juga mempunyai salah satu skor lokasi terbaik di Pulau Tioman!

Harga Semalam: RM475 

Rating: 9.7

 

2. JAPAMALA RESORT BY SAMADHI

Japamala Resorts By Samadhi terletak di tengah-tengah hutan hujan tropika dan berjarak 20 minit perjalanan dengan menaiki bot dari Lapangan Terbang Tioman.

Ia menawarkan penginapan yang elegan dengan teres, manakala suite-suite dan vila-vila di sini dihias menarik dengan perhiasan dalaman kayu klasik serta tingkap yang memberikan cahaya semulajadi.

Resort ini juga mempunyai 2 restoran popular iaitu Restoran Tamarind Tioman yang menyajikan hidangan Indochina dan Thailand, manakala makanan Barat yang istimewa ditawarkan di Restoran Mandi-Mandi.

Harga Semalam: RM1,129

Rating: 9.3

 

3. BAGUS PLACE RETREAT

Menawarkan teres matahari, Bagus Place Retreat adalah resort peribadi yang terletak di Pasir Sarang, Kg Mukut, Pulau Tioman.

Anda boleh bermain dart di tempat penginapan dan kawasan ini adalah terkenal untuk snorkeling serta memancing. 

Di resort ini juga para tetamu boleh menikmati masakan Malaysia yang autentik di restorannya serta menawarkan pemandangan matahari terbenam yang sangat mempesonakan.

Harga Semalam: RM1,150

Rating: 9.8

 

4. MINANG COVE RESORT

Minang Cove Resort menawarkan kawasan pantai peribadi dan aktiviti sukan air serta bilik penginapan yang lengkap dengan hiasan perabot kayu semulajadi.

Untuk sampai ke resort ini, ia mengambil masa 2 jam perjalanan menaiki feri dari Jeti Mersing untuk sampai ke Jeti Kampung Genting dan berjarak sejauh 30 minit dari Lapangan Terbang Tioman dengan menaiki bot laju.

Resort ini turut menyediakan balkoni peribadi yang menghadap ke laut dan mempunyai restoran di lokasi dibuka untuk santapan sepanjang hari dengan menu masakan tempatan serta antarabangsa.

Tetamu juga boleh berjalan-jalan dan bersantai di sepanjang pantai. Pelbagai aktiviti turut ditawarkan di resort ini seperti trekking hutan, snorkeling dan pelancongan pulau. 

Harga Semalam: RM650

Rating: 9.2

 

5. BAMBOO HILL CHALETS

Bamboo Hill Chalets merupakan penginapan yang mempunyai persekitaran tenang di tengah-tengah Bukit Bamboo di Kampung Air Batang, Pulau Tioman.

Chalet yang sangat mementingkan kelestarian semulajadi dan persekitaran yang damai untuk tetamunya, menyebabkan Bamboo Hill Chalets tidak menerima tempahan secara berkumpulan dan penginapan yang kurang dari 3 malam.

Kesemua chalet di sini mempunyai pemandangan indah teluk Tioman dan menerima aliran udara semulajadi oleh angin laut tanpa sebarang penggunaan pendingin hawa.

Harga Semalam: RM150 - RM350

Rating: 9.5

 

6. MELINA BEACH RESORT

Terletak di sepanjang pantai Pulau Tioman, Melina Beach Resort di Kampung Genting ini menawarkan penginapan yang damai dan selesa serta dekat dengan alam semula jadi.

Dengan hiasan ringkas, chalet berhawa dingin ini dilengkapi dengan kelambu dan menawarkan pemandangan ke laut serta kehijauan hutan yang subur. 

Di Melina Beach Resort, kakitangan boleh membantu mengatur aktiviti seperti hiking, snorkeling dan menyelam.

Tetamu juga boleh menikmati rawatan di Spa Lemongrass dan paling menarik resort ini juga menyediakan  perkhidmatan ulang-alik dua hala percuma dari Jeti Paya.

Harga Semalam: RM357

Rating: 8.9

 

7. TUNAMAYA BEACH & SPA RESORT

Tunamaya Beach & Spa Resort berjarak 2 jam perjalanan feri dari jeti Tanjung Gemok, Kuala Rompin, Pahang dan berjarak 15 minit perjalanan menaiki bot ke Kampung Genting.

Menampilkan vila-vila moden berhawa dingin dengan balkoni, resort ini turut menawarkan aktiviti snorkeling dan rawatan urutan badan yang mewah di Spa Tunamaya.

Harga Semalam: RM482 

Rating: 8.5

 

8. THE BARAT TIOMAN BEACH RESORT

The Barat Tioman Beach Resort terletak di Kampong Juara dan setiap bilik di resort ini dilengkapi dengan balkoni serta teres untuk melihat pemandangan matahari.

Resort ini mempunyai kemudahan sukan air dan sewa basikal disediakan.

Anda juga boleh melakukan pelbagai aktiviti, seperti snorkeling, berkanu, menyelam dan trekking hutan.

Harga Semalam: RM189

Rating: 8.6

 

9. 1511 COCONUT GROVE

1511 Coconut Grove terletak 10 kilometer dari Jeti Pantai ABC dan ia menawarkan penginapan berbentuk teres dengan kawasan pantai peribadi yang mempunyai pemandangan menakjubkan.

Dah namanya pun Coconut Grove memang chalet ini mempunyai pemandangan mempesonakan apabila dikelilingi dengan barisan pokok kelapa yang tinggi.

Tetamu di chalet ini boleh menikmati sarapan kontinental serta WiFi disediakan secara percuma.

Harga Semalam: RM310

Rating: 9.7

 

10. PAYA BEACH RESORT

Paya Beach Resort ini juga dikenali dengan nama Paya Beach Spa & Dive Resort menawarkan penginapan tepi pantai dengan balkoni peribadi. 

Dihiasi dengan perabot kayu, setiap unit bilik yang luas direka bentuk moden, berhawa dingin dan dilengkapi dengan balkoni peribadi. Terdapat juga unit suite terpilih menawarkan pemandangan laut dan pantai.

Para tetamu boleh meminta meja penyambut tetamu untuk mengatur lawatan. Pilihan rekreasi termasuk aktiviti sukan air atau menjelajah hutan hujan.

Istimewanya, tetamu juga boleh membuat kejutan untuk pasangan tersayang dengan memesan hidangan barbeku persendirian dan menikmati makan malam romantik di tepi pantai.

Paya Beach Resort hanya berjarak 5 minit berjalan kaki dari Jeti Kampung Paya. Tempoh perjalanan menaiki bot adalah 20 minit ke Pulau Ringgit, 40 minit ke Pulau Tulai dan Air Terjun Mukut.

Harga Semalam: RM236

Rating: 7.4

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah