Nak Rasa Menginap Dalam Kapsul Tepi Pantai? Korang Kena Ke Pantai Balok, Kuantan!

HOTEL
August 21, 2020 - 05:15 PM


Bagi korang yang sukakan percutian tepi pantai, Kuantan merupakan destinasi paling tepat untuk memenuhi impian korang tu.

Manakan tidak, Kuantan mempunyai banyak pantai menarik yang bersih dan cantik untuk dilawati seperti Teluk Cempedak, Pantai Balok, Pantai Cherating dan banyak lagi.

Jika korang memilih bercuti ke Pantai Balok yang hanya terletak kira-kira 15 hingga 20 minit memandu dari pusat bandar Kuantan -- ada satu lagi tarikan baharu yang wajib korang cuba di sana iaitu ‘KAPSUL PENGINAPAN'!

Bilik penginapan yang berbentuk kapsul berwarna-warni itu disediakan khas buat pengunjung yang bercuti ke Pantai Balok dan ingin merasai suasana bermalam di tepian pantai.

Setiap kapsul dilengkapi dengan penghawa dingin, sebuah katil bersaiz Queen dan set kerusi meja di hadapannya yang boleh digunakan untuk bersantai bersama keluarga sambil menikmati hembusan angin sepoi-sepoi bahasa dari arah pantai.

Bagaimanapun bilik kapsul tersebut tiada tandas di dalamnya, namun terdapat sebuah tandas awam berhampiran disediakan untuk kegunaan pengunjung.

Sebanyak 5 buah kapsul penginapan disediakan di Pantai Balok itu yang mana ia boleh disewa dengan kadar RM60 satu malam pada hari biasa dan RM80 satu malam pada hujung minggu.

Jika berminat korang boleh membuat tempahan melalui talian 019-9123563 atau emel kepada wan_normadiah@yahoo.com.

Pastinya percutian korang ke Pantai Balok tidak akan membosankan kerana selain dapat mandi laut, bersantai di tepi pantai dan menikmati keindahan laut yang kebiruan dan pemandangan matahari terbenam -- ada banyak lagi aktiviti lain yang boleh korang lakukan di sini iaitu bermain ATV, sukan bola tampar pantai, bola sepak pantai, berkayak dan banyak lagi. 

Malah kalau korang nak jalan-jalan cari makan di sekitar Pantai Balok pun terdapat banyak gerai makanan yang menyelerakan seperti ikan bakar, keropok lekor dan masakan ala Thai.

Jadi apa tunggu lagi ? Jom buat 'weekend getaway' ke Pantai Balok, Kuantan bersama keluarga dan kawan-kawan!

Kredit Foto : FB I Love Pahang

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah