3 Kedai Makan Yang Korang Wajib Cuba Di Miri

MAKAN
January 07, 2021 - 04:29 PM


Miri merupakan bandar yang menarik dan unik dari segi sejarah dan tarikan yang ada di sini. Tapi korang tahu tak sebenarnya bandar Miri juga sangat terkenal dengan restoran makanan yang menjadi kegilaan ramai? Malah Miri ni merupakan salah satu lokasi terbaik kalau korang peminat lobster tau. Nak tahu kenapa? Boleh tengok list di bawah ni.

 

1) Lavender Cafe

Ini merupakan salah satu cafe di Miri yang mempunyai pelbagai hidangan bertemakan lobster. Salah satu menu famous diorang adalah Laksa Sarawak Lobster. Korang juga boleh makan hidangan lobster bersama nasi goreng, buttermilk, mee jawa, dan macam-macam lagi la di cafe ni. 

Alamat: Lot 1971 Marina Parkcity Phase 2, 98000 Miri, Sarawak

Waktu Operasi: Setiap hari, 9 pagi hingga 1 pagi

 

2) 3 Beradik Gemok

Apa gunanya datang Sarawak kalau korang tak makan mee kolo kan? Tak payah risau nak makan mee kolo yang mana satu, kerana restoran ini menyediakan pelbagai jenis mee kolo dalam satu dulang tau! Menu lain yang famous di sini adalah Nasi Kukus Banjir Belalak Ayam Goreng Berempah. Memang sedap!

Alamat: Jalan Brooke, Miri Handicraft Centre, 98000 Miri, Sarawak

Waktu Operasi: Rabu hingga Isnin (Selasa tutup). 10 pagi hingga 2 petang, 5 petang hingga 11 malam

 

3) Asian Nasi Kandar

Restoran yang terkenal dengan Nasi Briyani Lobster mereka. Menggunakan resipi rahsia tersendiri, flavor nasi yang bergabung dengan lobster tu memang amazing guys! Bukan tu je, korang juga boleh try nasi briyani buluh di sini tau.

Alamat: 74-84, Jalan Fragrans, 98000 Miri, Sarawak

 

Jom Tambah Kalori Di Miri!

Kalau korang ada plan nak jalan-jalan cari makan di Miri, tak perlu tengok jauh lagi. Korang try je 3 lokasi ni. Confirm kenyang dan puas hati. Silap hari bulan rasa tak nak balik dari Miri pula nanti. Apa pun jangan lupa untuk sentiasa menjaga SOP dan memakai penutup muka ya. Selamat menjamu selera!

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah