Korang Suka Makan Nasi Daun Pisang? Ini 7 Restoran Paling Padu Di Selangor!

MAKAN
January 13, 2022 - 12:36 PM


Tahukah anda menu nasi daun pisang sebenarnya berasal dari India Selatan iaitu di negeri Tamil Nadu, Kerala dan hidangan ini diperkenalkan di Malaysia ketika zaman penjajahan British.

Makanan ini sangat terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya pada waktu tengahari kerana ia merangkumi satu set makanan yang lengkap dan lazat.

Tapi mana nak cari nasi daun pisang yang sedap? Jika anda berada di negeri Selangor, berikut adalah 10 restoran menyajikan hidangan unik ini dan paling penting sedap!

1. Yap Kee Banana Leaf, Klang

Yap Kee Banana Leaf sangat terkenal dalam kalangan pelancong mahupun penduduk tempatan. Menu yang wajib anda cuba di restoran ini adalah ayam goreng berempah, ikan goreng, kari ayam, kari ikan, kari kambing dan lebih enak lagi jika anda makan bersama papadom dan sayur kobis!

Selain itu, minuman yang harus anda cuba pula adalah jus ambra, yang memberikan gandingan yang mantap!

2. Kanna Curry House, Petaling Jaya

Sekiranya anda berada di Seksyen 17, Petaling Jaya, anda wajib untuk mencuba hidangan nasi daun pisang yang sangat menyelerakan di Kanna Curry House!

Restoran ini telah menawarkan menu ini sejak tahun 1976 lagi. Seperti restoran lain, anda boleh menikmati nasi daun pisang dengan pelbagai lauk sampingan termasuk sotong goreng, kari ikan dan pelbagai lagi!

3. Restoran Sri Nirwana Maju, Subang Jaya

Restoran ini berkemungkinan akan menjadi kegemaran anda dan rakan-rakan! Restoran Sri Nirwana Maju yang terletak di USJ 9, Subang Jaya ini menyajikan hidangan nasi daun pisang yang unik.

Ia turut menghidangkan pilihan lauk seperti peria goreng yang cukup rangup. Selain itu, restoran ini turut menghidangkan menu seperti mi goreng, nasi goreng dan banyak lagi!

4. Laxmi’z Kitchen, Rawang

Terletak di Rawang, Laxmi’z Kitchen menghidangkan juadah nasi daun pisang yang lazat untuk para pelanggannya! Anda peminat ketam?

Jika ya, di sinilah tempatnya untuk anda menikmati menu ketam masala yang enak. Pastikan anda singgah ke restoran ini sekiranya anda berada di Rawang!

5. Acha Curry House, Petaling Jaya

Acha Curry House merupakan sebuah restoran yang menawarkan menu nasi daun pisang yang lazat di kawasan Petaling Jaya. Restoran ini menyajikan pelbagai jenis masakan kari yang terdiri daripada kari ayam, kari ikan masin, kari ikan dan kari ketam.

Bukan itu sahaja, pelbagai jenis sayur turut dihidangkan antaranya labu puree, acar timun, sayur taugeh dan banyak lagi! Jangan lepaskan peluang untuk mencuba nasi daun pisang di sini.

6. Matahariis Banana Leaf, Seri Kembangan

Terkenal sejak tahun 2004, Matahariis Banana Leaf yang terletak di Seri Kembangan ini sangat terkenal dalam kalangan penduduk tempatan.

Hidangan nasi daun pisang dihidangkan dengan nasi putih atau nasi kuning, lauk pauk dan sayur sayuran yang sangat menyelerakan. Di samping hidangan nasi daun pisang, anda juga boleh mencuba menu tosai yang juga terkenal di restoran ini.

7. Macha & Co, The Curve

Restoran yang dilengkapi dengan kemudahan penghawa dingin ini menjadi satu tarikan kepada para pelanggan. Restoran yang selesa ini turut menyajikan hidangan nasi daun pisang yang lazat.

Resepi yang digunakan adalah resipi turun temurun untuk beberapa generasi, dan bagi mereka yang ingin menjaga berat badan, Macha & Co juga menyediakan nasi beras perang.

Pasti hidangan nasi daun pisang ini membuat anda terliur, bukan? Tunggu apa lagi? Ajak kawan-kawan atau keluarga anda untuk Pusing Selangor Dulu bagi menikmati hidangan yang cukup lazat dan mengenyangkan ini di restoran-restoran yang tersenarai di atas.

Ketahuilah bahawa nasi daun pisang ini adalah antara hidangan yang sangat terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia tidak kira umur dan bangsa.

Namun, diingatkan kepada para pelanggan untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara seperti memastikan penjarakan sosial, memakai pelitup muka setiap masa di tempat awam dan sesak, serta menggunakan cecair pembasmi kuman secara kerap.

Anda juga boleh layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor untuk mendapatkan inspirasi dalam merancang perjalanan anda ke Negeri Selangor, atau terus ikuti laman media sosial rasmi Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan saluran YouTube Tourism Selangor untuk mengikuti sebarang kemas-kini.

Sumber: Mstar

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah