5 Restoran Halal & Romantik Sekitar Kuala Lumpur!
MAKANNovember 22, 2021 - 05:19 PM
Anda nak melamar pasangan anda di satu restoran yang romantik? Ataupun meraikan hari ulangtahun perkahwinan anda? List kali ini dapat membantu anda membuat keputusan! Tak perlu pening kepala cari restoran yang indah dan romantik.
1. The Orchid Conservatory @ The Majestic Hotel Kuala Lumpur
Bunga orked yang sentiasa digambarkan sebagai bunga yangh melambangkan kecantikan dan cinta, sesuai dengan tema bunga ini The Orchid Conservatory di Majestic Hotel Kuala Lumpur adalah satu lokasi yang sempurna untuk anda yang ingin meluahkan kasih sayang terhadap pasangan. Satu restoran yang cukup indah dihiasi dengan bunga orked.
Restoran ini juga famous sebagai salah satu spot High-tea di Kuala Lumpur. Penuhi waktu petang anda dengan makanan yang pelbagai dan juga teh yang melengkapi pengalaman high-tea anda.
Alamat: 5 Jalan Sultan Hishamuddin, 50000 Kuala Lumpur
Contact: +60 3-2785 8000
2. Faroz Cafe
Terletak tidak jauh dari Taman Tun Dr Ismail, Faroz Cafe adalah satu kafe yang cukup menawan dan dihiasi dengan tema Eropah yang cukup memukau. Satu pengalaman dine-in yang cukup mewah ditawarkan kepada anda.
Terdapat pelbagai pilihan makanan antaranya makanan barat dan juga asia. Pencuci mulut juga disediakan seperti brownies bersama ais-krim.
Alamat: 39, Jalan Tun Mohd Fuad 3, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Contact: +60 3-7727 9068
3. Cafe Ame Soeur
Anda teringin merasai pengalaman seperti berada di sebuah restoran Perancis? And boleh pergi ke Cafe Ame Soeur yang bermaksud pasangan hidup dalam bahasa perancis pasti mampu mencairkan hati pasangan anda. Terletak di Bukit Jalil, kafe ini berinspirasikan hiasan di era Viktoria yang cukup mewah.
Nak lain dari yang lain, anda boleh cuba breakfast di sini bersama insan tersayang. Selain dari itu terdapat sesi high-tea yang bermula dari 3 petang hingga 6 petang, setiap hari Isnin hingga Ahad
Alamat: 20, Jalil Link Block 2, Jalan Jalil Jaya 2, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia
Contact: +60 3-8999 0738
4. Flora Terrace , Hampshire Place
Terletak di kawasan elit Hampshire Place, Flora Terrace menjanjikan satu pengalaman dine in seperti berada di dalam dunia fantasi. Dengan bungaan dan gliter yang memenuhi restoran, pasti menjanjikan suasana yang romantik. Anda juga boleh jadikan sebagai lokasi surprise untuk meraikan pasangan anda!
Terdapat pelbagai pilihan makanan klasik Melayu seperti Laksa Johor, dan juga makanan barat seperti Grilled Lamb Chop. Dah makan menu utama, jangan lupakan pencuci mulut tau!
Address: 157, Persiaran Hampshire, Hampshire Park, 50450 Kuala Lumpur
Contact: +60 3-2181 0872
5. THIRTY8
Anda bayangkan makan malam anda berlatarbelakangkan permandangan Kuala Lumpur pada waktu malam, anda dapat merasai pengalaman tersebut di THIRTY8 yang terletak di tingkat 38 Grand Hyatt Hotel. Memang sesuai untuk satu sesi makan malam yang romantik.
Restoran ini menawarkan permandangan 360 darjah bandar Kuala Lumpur yang pasti mampu menjadi memori indah buat anda! Terdapat pelbagai jenis makanan yang terdiri daripada makanan barat, cina dan juga jepun.
Address: 38th floor, Grand Hyatt Kuala Lumpur, 12, Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur
Contact: +60 3-2203 9188
Sumber: HaveHalalWillTravel
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah