Food Hunting - 4 Kedai Roti Canai Sarang Burung Yang Terbaik Di Johor

MAKAN
October 28, 2020 - 05:28 PM


Sejak kebelakangan ni dah makin viral ya dengan gambar-gambar roti canai sarang burung. Kalau korang tak tahu, roti canai sarang burung ni meletakkan dua telur di tengah-tengah roti canai tersebut. Berbeza dengan roti tampal yang meletakkan telur di atas roti canai itu sendiri. Dan ada juga kedai yang meletakkan daging, dan pelbagai lauk lain untuk menyedapkan lagi roti ni. Jadi inilah 5 kedai yang terbaik untuk makan roti canai tampal di Johor:

 

1) Restoran Zaidi Canai, Taman Anggerik

Kalau korang nak datang sini kena get ready la untuk beratur, memang ramai weh. Ada orang beratur sampai 30 minit tau, tapi memang sangat berbaloi la. Roti canai sarang burung di sini meletakkan daging lembut di tengah-tengah menambahkan lagi rasa makanan tersebut. Bukan tu je, bahagian rotinya pula sangat garing dan sedap.

Alamat: No G-01 / PTD 162493, Jalan Anggerik 2, Taman Anggerik, 81200, Johor Bahru, Johor

 

2) The Royale, Taman Perling

Roti canai sarang burung di restoran ini pula sangat special kerana ianya dihidangkan dengan kuah asam pedas tau. Bukan kuah dal atau kari, tapi asam pedas guys! Tapi kalau korang nak dengan kari juga, mereka ada menyediakan kuah kari kambing yang power punya. Confirm termimpi-mimpi lepas makan.

Alamat: 10-4, Jalan Camar 1/1, Taman Perling, 81200 Johor Bahru, Johor

 

3) Murtabak Special Cheese, Masjid Sri Pulai

Di kedai ni, korang boleh pilih nak topping sama ada ayam atau daging. Dan yang paling best, korang juga boleh tambah cheese tau. Roti canai sarang burung yang ada topping daging cincang, dicicah pula dengan kuah kari dan dal. Fuhhh, memang tak dapat nak bayangkan la betapa sedapnya roti canai sarang burung di sini. Korang kena try sendiri.

Alamat: 18, Jalan Batai 8, Sri Pulai Perdana 2, 81110 Johor Bahru, Johor

 

4) Beruang Burok, Jalan Tun Abdul Razak

Fuh, restoran ni kalau korang datang awal sekali pun, memang kena beratur guys. Punya la ramai dari 7 pagi orang dah beratur. Dan antara menu legend di restoran ni sudah tentunya roti canai sarang burung dia. Nampak tak betapa garingnya roti canai tersebut dan hirisan daging yang diletakkan di atas bersama green onion sudah pasti membuatkan korang terliur. Kena try!

Alamat: 139-163, Jln Adda 3/1, Adda Heights, 81100 Johor Bahru, Johor

 

Jangan Tunggu Lagi, Jom Serbu Kedai-Kedai Ni!

Lepas tengok gambar-gambar di atas mesti korang rasa lapar kan? Jadi korang tak payah pening la nak breakfast dekat mana, serbu je restoran ni. Tapi ingat, walau macam mana pun kena jaga SOP dan pakai penutup muka okay? Selamat menjamu selera guys!

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah