Nikmati Sarapan Pagi Dan Bersantai Di Jollygood Cafe!

MAKAN
January 24, 2022 - 05:58 PM


Mesti ramai tak tahu kan, negeri Terengganu terdapat pelbagai jenama kopi tempatan yang best-best tau! Semua perniagaan kopi ini diusahakan oleh anak muda tempatan sendiri. Kali ini, kita singgah di Jollygood Cafe di Kuala Terengganu.

Di Jollygood Cafe terdapat pelbagai pilihan makanan antaranya Bangers & Mash dan juga Egg & Pesto Sandwich yang mampu membangkitkan selera anda! Anda nakkan satu hidangan sarapan barat yang klasik? Pun ada tau!

Sebuah cafe mesti tidak sempurna tanpa beberapa pencuci mulut. Antara yang ditawarkan adalah Chocolate Chip cookies, Milo Dinosaur Brownie Cake dan juga Chunky Reese Peanut Butter Cups Cookies. Memang nampak sedap sangat!

Jollygood Cafe juga adalah satu kafe yang direka khas untuk pelanggan yang mahukan suasana yang santai dan juga simple. Kalau anda datang ke Kuala Terengganu jangan lupa singgah ya!

📍Waze: Jolly Good Cafe
Waktu Operasi :
Rabu 8am-3pm
Khamis 8am-3pm
Jumaat 8am-12pm & 3pm-5.30pm
Sabtu 8am-3pm

TUTUP PADA SETIAP AHAD-SELASA

Sumber: frdauzakaria (Twitter), Jollygood Cafe (Instagram)

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah