'Traveller' Tegar Tampil Dengan Ipoh Piza Kayu Api

MAKAN
June 21, 2021 - 01:43 PM


Jika hujung tahun ini kita semua dah dibenarkan untuk merentas negeri dan melakukan aktiviti pelancongan domestik, mesti ramai yang dah tak sabar bagi bercuti ke mana sahaja destinasi menarik yang ada di negara kita, kan.

Bagi yang nak memulakan percutian korang ke Ipoh, Perak yang juga terkenal sebagai salah satu destinasi 'Syurga Makanan' -- jangan lupa singgah ke Ipoh Pizza Kayu Api.

Apa yang menarik di kedai piza yang baru beroperasi sejak Mac lalu ini adalah keunikan rasa pizanya kerana dibakar menggunakan teknik kayu api di dalam ketuhar bata.

Kalau korang nak tahu, Ipoh Pizza Kayu Api ini sebenarnya diusahakan oleh traveller tegar, Abdul Rahim Abdul Razak bersama dua sahabat baiknya -- hasil inspirasi pengalaman mereka yang banyak mengembara ke luar negara, selain mempelajari teknik pembuatan piza menerusi Youtube.

Istimewanya rasa piza di Ipoh Pizza Kayu Api ini adalah aromanya yang tersendiri kerana dihasilkan menggunakan olahan resepi dengan cita rasa tempatan.

Jika melihat kepada proses dan cara pembakarannya pula, korang pasti terasa seperti mengimbau ke zaman dahulu kerana Abdul Rahim cuba menghidupkan suasana berkonsepkan klasik dengan memasak menggunakan kayu api, berbanding arang atau mesin ketuhar.

Abdul Rahim turut berkongsi ketuhar bata yang digunakannya juga, merupakan hasil kajian dan rujukan di Internet -- dengan mengambil kira pelbagai faktor seperti struktur binaan, suhu, susunan kayu api untuk membakar piza dengan masa yang minimum, selain dihidangkan dengan penuh kerangupan.

Anak jati Cameron Highland itu berkata, beliau mengupah orang untuk menghasilkan ketuhar bata tersebut, selain acap kali membuat kajian suhu untuk membakar adunan tepung di dalamnya, bagi mendapatkan rasa piza yang enak dan lebih tahan lama, walaupun ia sudah sejuk.

“Setelah mendapat respon daripada pembeli, kami menggunakan suhu 400 darjah celcius yang mengambil masa kira-kira 10 hingga 15 minit untuk pizza siap dibakar, kerana rasanya lebih lembut,” katanya yang turut mempunyai perancangan untuk menambah lagi satu dapur bata di kedainya.

Walaupun kedai Ipoh Pizza Kayu Api itu hanya menerima tempahan pembeli secara bungkusan sahaja ketika ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 -- namun ia tidak mematahkan empat orang pekerjanya untuk menyiapkan tempahan piza, yang kadang kala boleh mencecah 60 biji sehari.

IPOH PIZZA KAYU API

Alamat: https://maps.app.goo.gl/GfFp8k5diN6tzX9z6 (Depan Kedai Warong Opah Bedah, Pengkalan Pegoh, Ipoh, Perak)

Waktu Operasi:

- Isnin, Rabu, Khamis, Sabtu & Ahad (2PM - 9PM)

- Jumaat (3.30PM - 10.30PM) & Selasa (TUTUP)

No Tel: 014-241 2436

Email: ipohpizzakayuapi@gmail.com

FB: Ipoh Pizza Kayu Api

Sumber: BERNAMA & Kredit Gambar: FB Ipoh Pizza Kayu Api

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah