Sungguh Tak Sangka, Rupanya Banyak Aktiviti Menarik Yang Boleh Kita Lakukan Di Tasik Kenyir!
TARIKANJune 07, 2018 - 01:25 PM
Sebagai mana yang kita ketahui, Tasik Kenyir merupakan sebuah tasik buatan manusia yang telah diwujudkan pada tahun 1985. Secara umumnya, tasik ini adalah tasik terbesar didalam Malaysia dengan keluasannya sebesar 260,000 hektar.
Tasik Kenyir terletak di Hulu Terengganu, Terengganu. Terdapat 340 pulau termasuk puncak gunung dan tanah tinggi. Tasik Kenyir merupakan rumah kepada hampir lebih daripada 14 air terjun latar, air penyejukan, jeram-jeram dan sungai sebagai tempat ideal untuk pelbagai jenis spesis ikan air tawar dan hidupan liar.
Catatan ini kami terima daripada salah seorang penuntut di Universiti Malaysia Kelantan(UMK) yang ingin berkongsi pengalaman mereka di Tasik Kenyir.
Ini cerita mereka...
Pada 31 Mac 2018 sehingga 1 April 2018, kami wakil daripada Universiti Malaysia Kelantan telah mengikuti lawatan ke tempat ini. Tidak tercapai oleh akal kami untuk melawati beberapa kejadian alam semulajadi yang ada di sini. Hampir 2 malam kami bermalam di atas “Houseboat”. Setiap destinasi mengambil masa yang agak lama untuk sampai ke sesuatu destinasi yang dituju, serta halangan kepada pemandu bot untuk memandu kerana pelayaran ini harus mengikuti arus peredaran angin di lautan tasik tersebut.
Antara beberapa tempat yang kami berpeluang untuk melawati adalah Santuari Kelah, 2 Air Terjun termasuk Air Terjun Saok dan Air Terjun Lasir serta tidak dilupakan Gua Bewah.
Santuari Kelah, Lubuk Kejor, Sungai Petang merupakan tempat pemuliharaan dan pemeliharaan ikan kelah atau ‘Raja Sungai’ iaitu ikan air tawar. Kepupusan spesis ikan ini semakin mendapat ancaman dan sangat memerlukan pemuliharaan kembali. Kami berpeluang untuk merasai pengalaman bermain dan memberikan Ikan Kelah tersebut makan. Uniknya spesis ikan kelah tersebut ialah ia sangat mesra dengan kehadiran manusia di sekelilingnya.
Air terjun yang terdapat pada Tasik Kenyir pula mempunyai keunikan ia tersendiri. 2 buah air terjun telah berjaya kami terokai dan menikmati kesejukan air yang jernih serta bersih. Ramai pelancong yang datang dari pelbagai jenis negeri mahupun negara turut serta menikmati keindahan-keindahan yang ada pada kawasan tersebut.
Gua Bewah?
Jika ditanya kepada orang ramai. Sudah pastinya tidak ramai yang tahu tentang kewujudan tempat tersembunyi ini.
Secara umumnya, Gua Bewah ini pernah menjadi kilang tahi kelawar yang digunakan sebagai baja. Ahli-ahli arkeologi tempatan juga turut menemui rangka manusia, kulit siput dan lain-lain barangan tinggalan zaman dahulu yang dipercayai dari zaman Mesolitik dan menjadi daya tarikan kepada para pelancong.
Selain tu, jika anda sukakan atau menggemari aktiviti lasak dan mencabar, pelayaran ini adalah sangat disyorkan. Ini kerana pelayaran di atas air iaitu Tasik Kenyir adalah pilihan yang sesuai untuk anda. Pelbagai aktiviti menarik, mencabar dan mengkagumkan yang boleh dilawati untuk memenuhi hari-hari santai anda serta percutian bersama yang tersayang.
Catatan ini dihantar kepada Rileklah oleh :
Amirudin, ‘Ismat, Nadhirah, Shamimi, Syahfinaz dan Syuhada.
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah