10 Hotel Terbaik di Pulau Perhentian Bermula Dari RM78
HOTELMarch 22, 2019 - 06:23 PM
Seperti biasa bulan Mac kebanyakkan pulau-pulau di Malaysia terutama di Negeri Terengganu mula dibuka. Lagi-lagi sekarang pula musim mencandat sotong sedang meriah berlansung di pulau-pulau sekitar Terengganu.
Aku percaya ramai sudah mula merancang untuk bercuti di Pulau sebelum bulan puasa menjelang. Berikut aku kongsikan 10 Hotel Terbaik di Pulau Perhentian (Dari RM78)
Mimpi Perhentian
MIMPI PERHENTIAN di Long Beach di Pulau Perhentian Kecil, menawarkan penginapan bertaraf 4 bintang dengan taman dan restoran. Tempat penginapan ini juga menyediakan tetamu dengan kolam renang luaran air garam. Kakitangan di lokasi boleh mengaturkan pemindahan lapangan terbang.
Semua bilik di resort ini mempunyai balkoni peribadi dan TV skrin rata. Bilik-bilik dilengkapi dengan bilik mandi peribadi dengan bidet dan peralatan mandian percuma. Semua unit mempunyai meja.
Bufet sarapan disediakan setiap hari di MIMPI PERHENTIAN.
Ombak Resort Perhentian Island
Ombak Resort Perhentian Island menawarkan tempat penginapan santai dengan WiFi percuma di kawasan umum. Ia menawarkan akses terus ke Pantai Coral Bay. Tetamu menikmati pemandangan matahari terbenam dari restoran.
Bilik-bilik dengan pencahayaan malap turut dilengkapi dengan sama ada penghawa dingin atau kipas. Beberapa bilik mempunyai TV skrin rata. Bilik mandi en suite dilengkapi dengan kemudahan pancuran mandian.
Hidangan tradisional Malaysia dan hidangan Barat yang popular dihidangkan di Ombak Cafe. Perkhidmatan bilik juga disediakan
Anda boleh mengunjungi restoran untuk tayangan filem malam, serta pameran tarian api dan persembahan akustik secara langsung pada malam-malam lain. Pemindahan lapangan terbang disediakan dengan bayaran tambahan, manakala bagasi boleh disimpan di kaunter penerimaan tetamu secara percuma.
Anda boleh sampai ke Ombak Resort Perhentian Island dengan menaiki bot selama 45 minit dari Jeti Kuala Besut. Jeti ini berjarak 60 km dari Lapangan Terbang Kota Bharu.
Dikelilingi oleh tanaman hijau tropika, hanya beberapa langkah dari pantai, Perhentian Island Resort menawarkan pelbagai aktiviti air dan banglo kayu yang menawan dengan balkoni peribadi. Ia menyediakan Wi-Fi percuma, kolam renang luaran dan gelanggang tenis.
Terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, Perhentian Resort adalah sejauh 30-minit menaiki bot laju dari Jeti Kuala Besut. Batu karang yang terletak 10 meter dari pantai menawarkan peluang snorkeling yang hebat.
Pemandangan pantai atau kawasan berlandskap boleh dinikmati dari balkoni peribadi, manakala bilik berhawa dingin menyediakan kemudahan-kemudahan membuat teh/kopi. Bilik-bilik tertentu mempunyai tab mandi di dalam bilik mandi en suite.
Untuk istirahat, Perhentian Resort boleh mengaturkan aktiviti menyelam dan memancing. Setelah seharian penuh dengan aktiviti, para tetamu boleh memanjakan diri dengan urutan yang menenangkan. Resort ini juga menyediakan bilik-bilik karaoke, kemudahan bola tampar pantai dan bola sepak.
Nikmatilah pemandangan Pantai Teluk Pauh yang menakjubkan sambil menjamu selera dengan makanan tempatan dan hidangan Barat di Restoran Pinang Seribu. Beach Kiosk menawarkan pengalaman bersantap di tepi pantai, yang menyajikan hidangan yang dipanggang.
Penginapan ini juga mempunyai salah satu skor lokasi terbaik di Perhentian Island! Tetamu lebih puas hati dengannya berbanding penginapan lain di dalam kawasan ini.
Tuna Bay Island Resort
Terletak di tengah-tengah hutan tropika, Tunabay Island Resort menyediakan bilik-bilik dan chalet yang berhawa dingin dengan balkoni peribadi. Resort ini mempunyai restoran dan menawarkan tetamu dengan pelbagai aktiviti rekreasi.
Para tetamu boleh mengikuti lawatan menyelam, snorkeling atau memancing. Bersantai di tepi pantai dan menikmati barbeku merupakan satu lagi pilihan rekreasi yang baik.
Bermandikan pencahayaan yang menarik, bilik-bilik dilengkapi dengan meja kerja, peti keselamatan peribadi dan ruang duduk. Kemudahan pancuran mandian dan peralatan mandian ada disediakan di bilik mandi en suite. Bilik-bilik terpilih menawarkan pemandangan gunung atau taman.
Restoran Tuna Bay menyajikan makanan tempatan, Barat serta Cina yang banyak. Hidangan barbeku yang enak juga disajikan.
Island Resort Tunabay adalah 45-minit perjalanan dengan bot laju dari Jeti Kuala Besut. Lapangan Terbang Kota Bharu adalah sejauh 1-jam memandu dari Jeti Kuala Besut.
Penginapan ini juga mempunyai salah satu skor lokasi terbaik di Perhentian Island! Tetamu lebih puas hati dengannya berbanding penginapan lain di dalam kawasan ini.
Senja Bay Resort
Senja Bay Resort terletak di Pulau Perhentian, 37 km dari Pulau Redang. Tetamu boleh menikmati restoran di lokasi. WiFi percuma disediakan di seluruh kawasan.
Setiap bilik di resort ini menawarkan balkoni, serta kipas atau penghawa dingin. Bilik-bilik yang selesa menampilkan bilik mandi peribadi dengan bidet dan pancuran mandian.
Parking disediakan secara percuma di lokasi.
Anda boleh menyertai pelbagai aktiviti seperti snorkeling, menyelam, dan memancing. Berkanu dan merentas hutan juga boleh didapati di kawasan resort atau di sekitarnya.
Lapangan terbang yang terdekat ialah Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, 54 km dari Senja Bay Resort.
Bubu Resort
Bubu Resort terletak di sepanjang Long Beach di Pulau Perhentian Kecil. Ia menawarkan tempat penginapan di tepi pantai dengan WiFi percuma di kawasan awam. Ia menawarkan 2 pilihan tempat makan dan pelbagai aktiviti rekreasi.
Bilik-bilik dihias ringkas dan berhawa dingin serta dilengkapi dengan kipas. Untuk kemudahan anda, botol air disediakan. Bilik mandi en suite menawarkan pancuran mandian. Unit tertentu menikmati pemandangan taman atau balkoni peribadi.
Bufet sarapan disajikan setiap hari di restoran Mahi-Mahi, manakala restoran Santai mengkhusus dalam makanan laut dan Barat. Tetamu menikmati koktel malam percuma di Bubu Terrace. The World Café terletak sejauh 10 minit berjalan kaki, dan menawarkan menu a la carte.
Pemindahan darat dan bot disediakan atas permintaan dengan bayaran tambahan. Lawatan menjelajah hutan dan lawatan pulau ke pulau boleh diatur di meja tempahan lawatan. Tetamu juga boleh berehat di kerusi berjemur atau bersiar-siar di sepanjang pantai.
Bubu Resort berjarak 35 minit perjalanan menaiki bot dari Jeti Kuala Besut. Lapangan Terbang Kuala Terengganu ke Jeti Kuala Besut berjarak 100 km memandu, manakala Lapangan Terbang Kota Bharu berjarak 60 km dari jeti.
Penginapan ini juga mempunyai salah satu skor lokasi terbaik di Perhentian Island! Tetamu lebih puas hati dengannya berbanding penginapan lain di dalam kawasan ini.
The Barat Perhentian
The Barat Perhentian menawarkan tempat penginapan yang menenangkan di Pulau Perhentian, dengan akses WiFi percuma di kawasan awam. Tempat penginapan di depan pantai ini mempunyai restoran dan pusat menyelam. Ia boleh dikunjungi dengan perjalanan feri selama 35 minit dari terminal feri Kuala Besut.
Semua bilik dilengkapi dengan lantai parket dan penghawa dingin. Linen dan tuala segar disediakan untuk keselesaan anda. Bilik-bilik peribadi mempunyai bilik mandi en suite. Bilik-bilik asrama pula menawarkan akses ke kemudahan bilik mandi berkongsi. Beberapa bilik menawarkan pemandangan taman atau laut.
The Barat Restaurant menyajikan hidangan kegemaran Asia, Antarabangsa dan tempatan. Hidangan barbeku dan makanan laut juga ditawarkan. Minuman boleh dinikmati di bar dengan tempat duduk luaran yang menghadap ke pantai.
Kakitangan di kaunter penerimaan tetamu akan berbesar hati membantu anda dengan pelbagai aktiviti luaran. Teamu boleh pergi trekking di hutan atau berjalan-jalan santai di pantai. Pusat menyelam di lokasi menyediakan aturan snorkeling dan menyelam. Pengemasan harian disediakan percuma, manakala perkhidmatan dobi disediakan dengan bayaran tambahan.
Terminal feri Kuala Besut berada 60 km dari Lapangan Terbang Kota Bahru dan 97 km dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Suhaila Palace
Suhaila Palace menyediakan penginapan tepi pantai di Pulau Perhentian Besar. WiFi percuma disediakan di kawasan awam dan tetamu boleh melakukan pelbagai aktiviti sukan air. Beberapa bilik mempunyai balkoni dengan pemandangan laut.
Bilik-bilik asas adalah berhawa dingin dan dilengkapi dengan bilik mandi en suite. Untuk keselesaan anda, tuala bersih dan sabun disediakan. Beberapa bilik terletak di tingkat bawah dan tanpa tingkap.
Anda boleh menyegarkan diri dengan berenang di laut atau berjalan di sepanjang pantai. Aktiviti-aktiviti seperti menyelam dan snorkeling boleh diaturkan di meja tempahan lawatan. Pemindahan lapangan terbang dan darat boleh didapati dengan bayaran tambahan.
Untuk sampai ke Suhaila Place, tetamu boleh menaiki feri selama 30 minit dari Jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian. Jeti Kuala Besut berada sejauh 97 km dari lapangan terbang terdekat, Lapangan Terbang Sultan Mahmud.
Alunan Resort
Alunan Boutique Resort terletak di sepanjang pantai Pantai Petani. Ia menawarkan penginapan yang moden dan tenang di Pulau Perhentian. Anda boleh menjamu selera di restoran atau menikmati minuman di bar. WiFi percuma disediakan di kawasan awam.
Bilik-bilik berhawa dingin menawarkan pemandangan laut dari geladak matahari peribadi. Ia dilengkapi dengan lantai parket, meja, rak pakaian dan TV skrin rata dengan saluran satelit. Bilik mandi en suite menyediakan kemudahan pancuran mandian, tuala dan peralatan mandian percuma.
Di Alunan Boutique Resort, kakitangan yang ramah dapat membantu dengan perkhidmatan aturan lawatan dan simpanan bagasi.
Tempat penginapan bebas rokok ini mempunyai restoran yang menghidangkan pilihan masakan tempatan dan Barat yang menyelerakan.
Cozy Resort
Cozy Resort terletak di Pulau Perhentian Besar. Ia menawarkan penginapan dengan pemandangan taman atau laut. Anda boleh menjamu selera di restoran di sini. WiFi percuma disediakan di kawasan awam.
Unit-unit adalah berhawa dingin serta dilengkapi dengan hiasan dalaman yang elegan dan pencahayaan yang hangat. Ruang tempat duduk dilengkapi dengan TV. Bilik mandi en suite termasuk kemudahan pancuran mandian.
Aktiviti sukan air seperti menyelam, snorkeling atau berkanu boleh didapati dengan bayaran tambahan.
Restoran di lokasi menyajikan pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa.
Resort Cozy adalah 30-minit perjalanan dengan bot dari Kuala Besut, serta 90-minit perjalanan dengan bot dan pemanduan dari Lapangan Terbang Kota Bharu. Pemindahan lapangan terbang disediakan dengan bayaran tambahan.
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah