Mulai 1 Sept, Operasi Terminal Feri Antarabangsa Kukup Ditukar Ke Puteri Harbour!
VIRALAugust 27, 2019 - 01:23 PM
Ini berita penting bagi anda yang ingin berkunjung atau selalu ulang-alik ke Tanjung Balai, Karimun, Indonesia!
Mulai 1 September ini, semua penumpang feri akan berlepas dari Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour di Iskandar Puteri berbanding lokasi pelepasan asalnya di Terminal Feri Antarabangsa Kukup dekat Pontian.
Lokasi pelepasan feri itu diubah selepas Kerajaan Negeri Johor membuat keputusan untuk menghentikan sementara operasi Terminal Feri Antarabangsa Kukup.
Ia berikutan khidmat syarikat konsesi di terminal berkenaan yang ditamatkan kerajaan negeri atas sebab-sebab tertentu.
Bermula 1 September ini juga, segala urusan pengendalian Terminal Feri Antarabangsa Kukup itu akan dikendalikan Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) buat sementara waktu sehingga keputusan melantik pengendali baharu dilakukan kerajaan negeri.
Ketika ini, notis yang memaklumkan bahawa perkhidmatan feri di Terminal Feri Antarabangsa Kukup hanya beroperasi sehingga 31 Ogos ini sedang rancak diedarkan kepada para penumpang sebagai pemberitahuan awal.
Sumber: Bernama
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah