Jom 'Weekend Getaway' Ala-Ala Koboi Red Indian!
HOTELOctober 25, 2019 - 03:45 PM
Bagi korang yang tak ada idea nak 'weekend getaway' ke mana yang dekat dengan Kuala Lumpur, mungkin korang boleh pergi bercuti ke destinasi popular Port Dickson.
Ala PD lagi bosanlah...mesti tu yang korang cakap, kan?
Tapi jangan risau, apa kata kali ni korang cuba pula menginap di sebuah resort unik yang berkonsepkan ala-ala Koboi Red Indian gitu!
Eagle Ranch Resort Port Dickson, resort berkeluasan 32 ekar di pinggir bandar PD menawarkan percutian yang berinspirasikan zaman koboi dengan selitan elemen-elemen Malaysia menerusi persekitarannya.
Terdapat pelbagai jenis penginapan yang boleh korang pilih mengikut citarasa masing-masing antaranya :-
- Tepee Room (dari RM275 / semalam)
- Bandwagon Room (dari RM275 / semalam)
- Log Cabin Room (dari RM350 / semalam)
- Kampung House (dari RM350 / semalam)
- Eagle Terrace Room (dari RM350 / semalam)
- Paddock Chalet (dari RM400 / semalam)
Ramai pengunjung yang datang pastinya memilih bilik jenis Tepee iaitu bilik yang dibina persis sebuah khemah yang sering digunakan oleh kaum Red Indian.
Namun, kalau datang dalam kumpulan yang besar atau dengan keluarga disarankan untuk menempah bilik jenis Paddock, Log Cabin ataupun Kampung House.
Eagle Ranch Resort yang telah dibuka sejak 2002 ini sering menjadi pilihan syarikat korporat untuk dijadikan lokasi program Pengukuhan Pasukan atau 'team building' kerana ia turut menyediakan pelbagai aktiviti riadah dan sukan ekstrem yang menarik.
Antaranya seperti menunggang kuda, sukan air, bola tampar, bola keranjang, futsal, go-kart, paintball, flying fox, jungle trekking, memanah serta Rope & Obstacle Course Challenge.
Sekiranya korang terasa lapar dan nak menjamu selera, korang jangan risau sebab di resort ini disediakan beberapa tempat makan seperti Watering Hole dan Melting Pot.
Malah, pihak Eagle Ranch Resort turut menyediakan kawasan barbeku khas kalau korang teringin nak adakan jamuan bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.
Menarik, kan kalau dapat cuti hujung minggu kat sini? Pastinya ia bakal menjadi satu pengalaman yang cukup rare dan menyeronokkan. Yela asyik bercuti duduk hotel je, sesekali ubah angin dan cuba gaya percutian ala koboi pun best juga!
ALAMAT: LOT 544, BATU 14, JALAN PANTAI, 71250 PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN
TELEFON: 06-6610495
WEBSITE: www.eagleranch.com.my
FACEBOOK: http://www.facebook.com/EagleRanchResortPD
INSTAGRAM: http://www.instagram.com/eagleranchresortpd
Kredit Foto: FB Eagle Ranch Resort PD
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah