Umea Glam Kundasang Tawar Glamping Dome Ala Igloo Pertama Di Sabah!
HOTELJuly 17, 2020 - 01:10 PM
Bila bercuti ke Sabah, antara lokasi yang menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara pastinya di kawasan Kundasang di daerah Ranau.
Antara yang menjadi tarikan utama tentunya disebabkan keadaan cuaca di sini yang sejuk dengan suhu purata sekitar 21 darjah Celcius dan mendamaikan jiwa sesiapa sahaja yang datang bercuti ke sini.
Tapi korang tahu tak sekarang Kundasang ada tempat penginapan baru yang unik dan menarik hingga jadi semakin popular di media sosial?
Nama tempat tersebut adalah 'Umea Glam Kundasang' --- iaitu sebuah penginapan berkonsepkan glamping ala-ala igloo sejuk yang ada di Norway berdekatan garisan Artik.
UMEA GLAM KUNDASANG TAWAR PENGINAPAN 3 JENIS DOME
Jika ke sini, korang boleh memilih sama ada ingin menginap di 3 jenis khemah berbentuk dome iaitu Abisko, Narvik dan Kiruna.
Ketiga-tiga jenis khemah glamping ini berbentuk mirip seperti igloo dan menyediakan ruang penginapan dengan rekaan seni yang menarik, besar dan luas demi keselesaan pelanggannya.
Di dalamnya turut dilengkapi dengan katil, meja, kerusi, rak ringkas serta permaidani.
ABISKO (2 Katil Single)
NARVIK (2 Tilam Single)
KIRUNA (1 Katil Queen)
Sepanjang penginapan korang di sini, korang bakal dijamu dengan pemandangan semulajadi bukit bukau yang sangat menenangkan serta hirupan udara yang segar dan nyaman.
Korang bayangkanlah, lepak-lepak santai di beranda dome dengan menikmati secawan kopi panas bersama rakan-rakan dan keluarga memang best, kan.
ASAL-USUL NAMA UMEA?
Menerusi FB Umea Glam Kundasang, nama Umea ini diambil sempena nama sebuah bandar di Timur Norway yang kaya dengan imej kesenian dan reka bentuk menarik dalam binaan bangunan, tidak kiralah bangunan kecil mahupun bangunan besar.
Oleh itu, inspirasi daripada imej bandar Umea ingin dibawa dari Norway ke Kundasang oleh pemilik tempat penginapan ini agar pengalaman di sana dapat dirasai di tanah air sendiri.
Di Norway, dome berbentuk igloo ini disebut sebagai dome arctic dan banyak terdapat di Narvik iaitu sebuah kawasan yang paling hampir dengan garisan Artik dengan persekitaran sejuk dan bersalji.
Paling menarik fenomena aurora juga kerap boleh disaksikan di kawasan berhampiran garisan Artik itu.
Glamping Dome Pertama di Sabah
Meskipun Umea Glam Kundasang ini juga merupakan glamping dome yang pertama di Sabah baru sahaja beroperasi namun tempat penginapan ini sudah mula menerima tempahan yang tidak putus-putus daripada para pelancong tempatan dan luar negara.
Jika anda salah seorang yang berminat untuk bercuti dan merasai sendiri pengalaman menyeronokkan bermalam di dalam igloo sejuk di Kundasang, boleh membuat tempahan dengan melayari laman web Umea Glam Kundasang.
Harga yang ditawarkan adalah seminima RM250 untuk satu malam dan setiap dome boleh memuatkan maksimum seramai 4 orang sahaja.
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah