Blue Tears’ – Tarikan Pelancongan Terbaru Di Kuala Selangor

TARIKAN
January 22, 2020 - 04:02 PM


Nampaknya, selain Sky Mirror yang merupakan tarikan pelancongan popular di Kuala Selangor, kini pemandangan ‘Blue Tears’ pula mencuri tumpuan.

Fenomena ‘air mata biru’ ini merupakan fenomena semula jadi dimana fitoplankton akan mengeluarkan cahaya biru terang.

Dengan menaiki bot dari Jeti Sky Mirror pada waktu malam, pelawat akan dibawa menyusuri sungai dan kesebuah ‘pulau rahsia’ yang mempunyai banyak fitoplankton. Sejenis tumbuhan marin mikro ini akan menghasilkan cahaya biru terang apabila bertindakbalas dengan kandungan oksigen dalam air laut.

Pada waktu malam, pengunjung yang menaiki bot menyusuri Sungai Selangor, Kuala Selangor ini boleh menikmati pemandangan cantik dan unik cahaya biru yang dihasilkan oleh alga ‘Dino-flagellates’.

Difahamkan, ada bot sewaan khas yang disediakan dan ada 3 waktu iaitu pada 8, 9 dan 10 malam dan harga dikenakan Rm25 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak. Setiap perjalanan tour akan mengambil masa 45 minit.

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah