Rekaan Klasik Dan Stylish Modern Hotel Georgetown, Pulau Pinang

HOTEL
January 29, 2020 - 04:17 PM


Terkenal sebagai destinasi yang terkenal dengan pelbagai jenis makanan, Pulau Pinang boleh dikatakan destinasi yang menjadi pilihan ramai untuk bercuti dan melancong.

Selain mempunyai tempat tarikan menarik, Pulau Pinang juga mempunyai hotel yang menarik selain masih mengekalkan bangunan warisan yang ada disana, sesuai dengan statusnya sebagai bandar warisan UNESCO.

Jika anda ke Pulau Pinang atau mencari penginapan di sana, apa kata cuba bermalam di Modern Hotel yang terletak di Georgetown, lebih tepat di Muntri Street.

Selain baru dibaikpulih, difahamkan hotel ini mendapat sentuhan hiasan yang baru namun masih lagi mengekalkan struktur asal bangunan yang mempunyai ciri – ciri klasik dan ternyata ‘facelift’ ini meletakkan Modern Hotel Georgetown ini berada dalam kelasnya yang tersendiri.

Baru dilancarkan 14 Januari lepas, kombinasi warna putih, hitam dan kelabu yang digunakan ternyata menaikkan lagi setiap ruang di dalam hotel ini.

Ada 3 pilihan bilik disediakan iaitu, Deluxe Twin (RM135), Deluxe Double (RM160) dan Deluxe Family (RM242). Bilik twin sesuai untuk dua orang dewasa, double sesuai untuk dua dewasa dan dua orang kanak – kanak manakala family sesuai untuk 4 orang dewasa dan seorang kanak – kanak.


Nota Editor : Harga berdasarkan Agoda untuk tempahan bulan Februari.

Disebabkan ianya berada dalam sebuah bangunan lama, ada beberapa ciri asal bangunan masih dikekalkan dan ini secara tidak langsung memberikan ciri klasik dan stylish kepada hotel ini.

Cantik kan? Kalau berminat, boleh lah buat tempahan melalui Facebook atau hubungi pihak hotel di talian 04-2189918.

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah