Komune Living Bangsar – Penginapan Minimalist Serba Cantik Dan Mewah

HOTEL
February 10, 2020 - 05:02 PM


Generasi millennial atau boleh dikatakan trend terkini percutian atau ‘staycation’ adalah tempat penginapan yang bukan sahaja cantik dalam gambar (instaworthy) namun menawarkan pelbagai kemudahan juga.

Baru – baru ini, sebuah penginapan di Bangsar telah menjadi sebutan netizen kerana mempunyai mesin daftar masuk dan keluar layan diri di hotel berkenaan.

Menerusi perkongsian pengguna dengan nama @shahirahzai ini, beliau berkongsi ciri – ciri unik dan proses daftar masuk dan keluar hotel yang mudah dan cepat di Komune Living, Bangsar.

Terletak di Bangsar, rekaan penginapan disini berkonsepkan minimalist dan rustic. Selain itu, kolam renang yang berada di hotel ini turut menawarkan pemandangan Kuala Lumpur yang dikatakan sangat ‘insta-worthy’.

Selain kolam renang, disini juga mempunyai pelbagai kemudahan lain. Antaranya ialah game room yang menempatkan pelbagai permainan yang menarik selain boleh dijadikan ‘stress-reliever’. Bayangkan sahaja kalau anda kesini bersama keluarga atau rakan – rakan, pastinya anda semua dapat menghabiskan masa berkualiti bersama-sama.

Untuk bilik, ia hadir dengan rekaan yang moden dan cantik menjadikan ianya nampak luas dan banyak juga sudut untuk bergambar. Location-wise, ia terletak berdekatan dengan pusat bandar dan jarak yang dekat untuk ke tempat menarik seperti Muzium Negara, Balai Seni Negara dan sebagainya.

Hotel best kebiasaannya mahal, namun bukan di Komune Living. Harga permulaan hanya dari RM99 dan dengan penawaran dan kemudahan yang diberikan, kami pasti ianya penginapan yang sangat berbaloi dan susah untuk mendapatkan penginapan di KL dengan pelbagai kemudahan yang disediakan ini dengan harga sedemikian.

 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah