'Frontliners' Hospital Dijamu Makan Tengah Hari, Setiap Hari Oleh Ancasa Hotel KL
HOTELMarch 26, 2020 - 01:04 PM
Bagi menghargai pengorbanan dan komitmen tinggi pekerja barisan hadapan atau 'frontliners' yang bertungkus-lumus berkhidmat demi keselamatan rakyat Malaysia ketika negara berdepan krisis penularan COVID-19 ini -- ramai pihak yang tampil memberi sokongan dengan pelbagai cara.
Antara yang turut menzahirkan penghargaan tersebut adalah Ancasa Hotel Kuala Lumpur yang menyediakan hidangan makan tengah hari secara percuma setiap hari khusus kepada pekerja kesihatan di Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kuala Lumpur.
Menurut Naib Presiden Kanan Bahagian Hospitaliti, UDA Holdings Berhad, Shah Azam Khan Noor Mohammad (berkemeja kelabu) -- sumbangan makan tengah hari yang disediakan sebanyak 400 hingga 500 pek diagihkan secara konsisten dengan tahap standard tertinggi agar petugas perubatan berpeluang menikmati hidangan yang masih panas dan segar sewaktu makan tengah hari mereka.
Demi merealisasikan program CSR tersebut, hotel bertaraf 4 bintang itu turut mendapat sokongan daripada pelbagai penaja seperti UDA Holdings, Imaan Boutique, CLJ Law, Isentia Malaysia, K.K Fresh Mart dan banyak lagi.
Bagi orang ramai yang ingin sama-sama menyumbang kepada usaha murni ini, anda boleh menghubungi pihak Ancasa Hotel Kuala Lumpur di talian 03-20266060 atau WhatsApp 011-31794121.
Semoga dengan bantuan dan sumbangan kita bersama mampu meringankan beban petugas barisan harian dalam memberikan khidmat demi kesembuhan pesakit dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah