Nak Balik Kampung Sambut Ramadan? Maaf, Masih Tak Dibenarkan!
VIRALApril 16, 2020 - 05:39 PM
Pada 24 April depan, umat Islam di Malaysia bakal menyambut kedatangan bulan Ramadan.
Bagaimanapun, orang ramai tetap tidak dibenarkan pulang ke kampung untuk menyambut Ramadan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa tiga dilaksanakan.
Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata larangan itu sudah dilaksanakan sejak PKP fasa satu dan dua dilaksanakan sebelum ini.
“Pergerakan rentas sempadan negeri tetap dilarang sepanjang tempoh PKP fasa tiga seperti yang diputuskan masa PKP fasa satu dan dua.
“Bermakna, pergerakan beramai-ramai untuk pulang ke kampung (menyambut Ramadan) juga tidak dibenarkan, memang tidak boleh,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mesyuarat khas menteri-menteri berkenaan pelaksanaan PKP di Perdana Putra di Putrajaya, hari ini.
Sementara itu, Kerajaan juga tidak membenarkan bazar Ramadan secara pandu lalu (drive-thru) serta tempah dan ambil dilaksanakan sepanjang tempoh PKP.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, konsep tempah dan ambil melalui e-hailing tidak boleh dibenarkan kerana ia memerlukan gerai beroperasi.
“Sebagai contoh, ada 50 bazar dalam satu kelompok dan e-hailing ambil di bazar itu selepas (pelanggan) melakukan pesanan, ini tidak boleh dilakukan sebab bazar tidak dibenarkan beroperasi.
"Bagaimanapun, e-hailing biasa yang ketika ini sudah dilaksanakan iaitu penghantaran (makanan) ke rumah diteruskan seperti biasa," katanya.
Sumber: Berita Harian
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah