Asyik View Pantai Je Kalau Bercuti Ke Langkawi, Sesekali Bangun Tidur Tengok Pemandangan Sawah Pun Syok Juga!

HOTEL
September 03, 2020 - 03:47 PM


Bagi korang yang dah biasa tinggal di bandar-bandar besar atau di ibu kota Kuala Lumpur, namun teringin nak merasai suasana percutian di tengah-tengah sawah padi dengan style kampung, korang boleh cuba menginap di TANABENDANG BANGLOS LANGKAWI.

Terletak kurang 5 minit perjalanan dari Pantai Cenang, rumah kampung ni dibina dengan konsep klasik betul-betul di sebelah tanah bendang, yang kalau korang buka pintu dan tingkap terus nampak pemandangan sawah hijau yang cukup menenangkan.

Kenapa penginapan ini di namanya diletakkan perkataan 'Banglo' -- kerana ianya dibina sebiji-sebiji dengan saiz yang sesuai dengan kapasiti seakan-akan sebuah banglo mewah tersergam indah, meskipun lokasinya dikelilingi oleh alam semulajadi.

Memang seronok kalau dapat hirup udara segar dari luar...

Jika menginap di sini korang akan dapati bahawa dekorasi dalamannya pun memang unik dan menarik dengan hiasan ukiran kayu, memang betul-betul rumah style kampung zaman dulu-dulu.

Tetapi menariknya, meskipun bergaya kampung namun setiap rumah penginapan di sini mempunya bilik air peribadinya sendiri siap dilengkapi dengan bathtub.

Paling best, ada kolam renang besar disediakan bersebelahan dengan bilik penginapan yang korang boleh terjun untuk berenang pada bila-bila masa. Anak-anak mesti seronok!

Berikut merupakan keistimewaan yang korang akan enjoy sekiranya bercuti di Tanabendang:

✅ Percutian tenang sebab sebelah sawah padi

✅ Ada swimming pool dewasa dan kanak-kanak

✅ Dekat dengan tempat pelancongan

✅ Best service ever dari pengurusan

Di bawah ini pula disenaraikan harga bagi setiap penginapan di sini:

1) Bilik 2 Pax = RM250/malam

2) Banglo Kayu 2 Pax = RM300/malam

3) Banglo Kayu 3 Pax = RM350/malam

4) Banglo Kayu 4 Pax = RM400/malam

TANABENDANG BANGLO LANGKAWI

Alamat: No 156, Lot 2118, Tanabendang, 07000 Langkawi, Kedah

No Tel: 019-215 9095

Facebook: Tanabendang Banglos Langkawi

‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍

 

‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍

‍‍‍‍‍‍

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah