Jaga-Jaga, 14 Lokasi Di Langkawi Sah Telah Dilawati Individu Positif COVID-19

VIRAL
September 10, 2020 - 01:00 PM


Sejak beberapa hari lalu, tanpa kita sedar negara digemparkan lagi dengan peningkatan angka kes baharu pandemik COVID-19 yang sehari ada mencecah 100 kes.

Malah, beberapa kawasan baharu di negeri-negeri tertentu seperti Kedah dan Sabah turut dikategorikan sebagai zon merah, sehingga ada yang khuatir jika berlaku semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tetapi apa yang membimbangkan, terkini kita dikejutkan pula dengan berita mengenai seorang individu yang telah didapati positif ujian saringan COVID-19 dan pernah berada di destinasi pelancongan popular iaitu Pulau Langkawi, pada minggu lepas.

Individu positif itu adalah daripada Kluster Sungai yang melibatkan negeri Kedah dan Perlis dan dia dikatakan telah berada di Langkawi pada Sabtu (5 September) dan pulang sehari kemudian iaitu Ahad (6 September).

Walaupun berada di pulau peranginan itu hanya 2 hari 1 malam, namun individu positif berkenaan telahpun sempat berkunjung ke 14 buah lokasi di sana seperti restoran, tempat penginapan serta lokasi tarikan pelancong.

Oleh itu, Pegawai Kesihatan Daerah Langkawi, Dr Mohd Lutpiyudin Azidin mengeluarkan arahan agar sesiapa kontak rapat yang berisiko dari 14 lokasi tersebut untuk datang membuat ujian saringan COVID-19 yang dijalankan di Klinik Kesihatan Kuah.

Memetik laporan Bernama, Dr Mohd Lutpiyudin dalam pada itu turut menasihatkan orang ramai untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan Covid-19.

"Saya minta orang ramai tidak panik, terus patuhi SOP seperti menjaga penjarakkan fizikal. Pemilik premis perniagaan, hotel dan sebagainya pula pastikan rekod pengunjung diambil untuk memudahkan aktiviti mengesan kontak dilakukan,” katanya.

Sumber: Bernama

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah