Bermalam Di Lokasi Yang Mempunyai Sejarah Selama 750 Tahun, Bung Bratak Memang Cantik Dan Unik

TARIKAN
September 23, 2020 - 02:42 PM


Macam yang korang semua tahu, Sarawak memang penuh dengan destinasi dan lokasi-lokasi unik yang sangat cantik dan menenangkan. Dan Bung Bratak Heritage Centre merupakan salah satunya. Seorang pemuda yang bernama Ismail Bin Roslan berkongsi pengalaman beliau pergi ke tempat ini.

Cara Nak Pergi Ke Bung Bratak Heritage Centre

Terletak di Kampung Tembawang, Bau, korang cuma perlu drive selama 1 jam sahaja dari Kuching pergi ke Lundu menggunakan jalan Batu Kawa atau Pekan Bau.

Bila dah sampai di bawah kaki bukit, korang boleh pilih sama ada untuk drive terus ke atas atau mendaki. Kalau nak drive, Ismail menyarankan agar korang menggunakan kenderaan 4x4 atau motorsikal kerana cerun di sini agak curam. Kalau nak mendaki pun sekejap je, tak mencabar lansung dan agak mudah untuk mereka yang tak pernah mendaki. Malah siap ada anak tangga lagi, 20 minit je dah sampai atas. 

Tapak Warisan Yang Penuh Bersejarah

Bung Bratak Heritage Centre ni memang penuh dengan sejarah seperti namanya. Pada 750 tahun yang lalu, ia merupakan penempatan masyarakat Jagoi Bidayuh. Namun penempatan ini telah diserang oleh orang luar. Banyak tragedi yang menimpa mereka seperti dirompak, diculik, dan rumah sendiri dibakar adalah salah satunya.

Namun Bung Bratak berjaya diselamatkan apabila Panglima Kulow yang sedang menanam padi mendapat tahu tentang kejadian ini, beliau terus pergi ke Rajah James Brook untuk meminta pertolongan. Penempatan ini berjaya diselamatkan dan mangsa yang diculik juga telah berjaya dibawa pulang. 

Penempatan Yang Dibina Semula Hingga Kini

Setelah kejadian tersebut, Bung Bratak telah berjaya dibina semula dan keadaan kembali sejahtera dan harmoni. Tapi ada juga penduduk Bung Bratak yang telah berpindah ke tempat yang lain. Dan seperti mana yang korang boleh lihat, Bung Bratak kini merupakan sebuah pusat pelancongan di Sarawak dan mereka juga menyambut Festival Bung Bratak pada 1 Mei bagi memperingati peristiwa tersebut. 

Korang boleh pergi balik hari atau bermalam di sini. Harga untuk melawat tapak bersejarah ini adalah RM5 bagi setiap seorang. Harga untuk bermalam juga agak murah dan mengikut pakej yang disediakan, dalam linkungan RM90 - RM140.

Korang juga boleh mendaki puncak Bung Bratak yang setinggi 161 meter dari paras laut, pergi je belakang cafe yang ada untuk memulakan pendakian. 

Informasi Dan Maklumat Lebih Lanjut Tentang Bung Bratak

Untuk maklumat lebih lanjut, korang boleh pergi ke Facebook Bung Bratak Heritage Centre atau hubungi +60198581515. Atau boleh juga bertanya terus kepada Encik Ismail di posting asalnya di bawah.

 

B u n g B r a t a k H e r i t a g e C e n t r e Bung Bratak Heritage Centre terletak di Kg. Tembawang, Bau (60...

Posted by Ismail Bin Roslan on Saturday, March 7, 2020
Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah