Taman Tema Indoor Di Putrajaya, District 21 Membawa Satu Kelainan Di Malaysia. Memang Best!

TARIKAN
October 01, 2020 - 05:46 PM


Kalau korang peminat aktiviti lasak dan aktiviti yang membuatkan korang berpeluh, jangan fikir panjang. Korang boleh datang terus ke District 21 yang terletak di IOI City Mall di Putrajaya ni. Agak luas juga kawasan District 21 ni, seluas 70 ribu kaki persegi. Dan yang paling best, korang tak payah berpanas bawah cahaya matahari, sebab indoor kan. Jadi kalau ada kawan yang selalu beri alasan tak suka berpanas terik, di sini siap ada aircond lagi tau.

11 Tarikan Menarik Untuk Pengunjung District 21

Ada juga yang pernah tanya, best ke masuk sini? Jawapannya memang best. Ada 11 tarikan yang berbeza untuk korang cuba dan bermain bersama keluarga atau rakan anda. Di sini min akan bahagikan setiap tarikan mengikut level kesukaran mereka.

 

Level – Easy

1) Launch Pad

Tak perlu malu kalau korang takut atau tak confident untuk cuba aktiviti yang lain. Boleh mula dari bawah tiada masalah. Di sini merupakan kawasan trampoline dimana korang  boleh melompat sebanyak mana yang korang nak. Siap ada hoop bola keranjang lagi tau.

 

2) Carousel

Jujurnya min pun dah lama nak cuba naik carousel. Mesti seronok kan dapat merasai kembali kenangan zaman kanak-kanak dulu. Kalau ada anak, bawak la diorang naik carousel ni, sebab ada banyak design haiwan seperti singa dan gajah.

 

3) Tubby Ride

Seperti nama yang diberi, aktiviti ni melibatkan korang duduk di atas pelampung dan meluncur di gelongsor yang ada. Kalau tak pernah rasa menggelongsor dalam salji, dengar cerita dia punya feeling tu lebih kurang Tubby Ride ni.

 

Level – Medium

4) Power Station

Susah sangat ke nak wall climbing ni sebenarnya? Di Poswer station, terdapat beberapa cabaran untuk korang mengenal pasti sejauh mana kekuatan tangan korang. Dan jangan risau, korang tak akan boleh panjat wall yang ada tanpa memakai tali keselamatan. So dah terjamin di situ. Helmet juga turut disediakan oleh pihak District 21.

Keberatan: Minimum 15KG, Maksimum 120KG

 

5) The Maze

Kalau korang pernah tengok filem Maze Runner, inilah masanya untuk tunjuk skill korang. The Maze direka khas dengan ketinggian 10 meter dan terdapat pelbagai cabaran yang ada di setiap laluan korang. Dilengkapi dengan terowong dan sangkar, min suggest siapa yang panas baran tu jangan main benda ni.

 

6) Pump Track

Tak ada lokasi yang lebih sesuai untuk skater dan cyclist di luar sana, Pump Track sediakan semuanya untuk korang. Dengan laluan yang berliku dan berbukit, tiada masalah untuk korang tunjukkan skill skateboarding dan bycicle trick korang. Boleh pilih antara basikal, skateboard atau skuter untuk bermain di sini.

 

7) Free Fall

Okay, so korang dah rasa confident sekarang ni, dan mahukan sesuatu yang lagi ekstrem? Ini dia, korang akan terjun dari lokasi setinggi bangunan 2 tingkat (of course dengan tali keselamatan). Dengan ini, korang akan dapat merasakan simulasi terjun dari kapal terbang.Yang gayat tu, sila fikir dua tiga kali sebelum cuba ya.

 

8) Go Pedal

Asyik korang je berseronok di sini. Kesian si anak tengok je. Nah korang bawak anak korang rasa pengalaman bawa kereta sendiri. Kereta ni macam go-kart la jugak, dan mempunyai trek sepanjang 100m je. Memang sesuai untuk kanak-kanak yang nak merasakan macam mana orang dewasa drive.

 

9) Low Ropes

Satu lagi aktiviti untuk anak-anak korang. Direka khas untuk memberi pengalaman berjalan di atas titian kecil dan bagi membantu mereka membina keseimbangan badan. Ada beberapa cabaran di aktiviti ini, dan sudah pastinya anak korang akan enjoy bermain di sini.

 

Level – Hard

10) Sky Trail

Senang cerita sama je macam Low Ropes tadi cuma ini khas untuk orang dewasa. Dan aktiviti ni sangat mencabar dan menguji stamina korang. Terdapat 23 cabaran di sini bergantung kepada level dan skill korang. Cabar diri sendiri untuk clearkan kesemua cabaran tersebut!

 

11) Roller Glider

Korang pernah dengar flying fox kan? Aktiviti ni menggunakan prinsip yang sama, cuma korang tak akan meluncur di tali yang lurus, tapi ada selok belok dan selekoh tajam. Bayangkan korang gantung badan korang dan dengan kelajuan 30km/h, korang belok sana sini. Goodluck la kalau nak cuba aktiviti ni.

 

Seronok Kan Datang Ke District 21 Ni?

Wau, tak sangka ada banyak betul aktiviti di tempat ni. Macam-macam boleh buat daripada kanak-kanak sampai la orang dewasa boleh enjoy datang sini. Jadi kalau korang nak tahu, harga masuk adalah seperti berikut:

Hari Minggu: RM 58 seorang

Hujung Minggu: RM 75 seorang

Dan macam biasalah, dah datang sini nak seronok-seronok, SOP jangan dilupakan okay? Have fun~

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah