Angkara Pandemik, Individu Dari Sabah & Labuan Dilarang Masuk Sarawak!
VIRALOctober 02, 2020 - 11:22 AM
Mulai 4 Oktober ini sehingga 18 Oktober depan, Kerajaan Negeri Sarawak bakal melarang kemasukan warganegara dan bukan warganegara Malaysia yang telah berada di Sabah dan Labuan.
Keputusan itu diambil berikutan peningkatan jangkitan kes COVID-19 di negeri jirannya itu.
Bagaimanapun hanya rakyat Sarawak yang berada di Sabah dan Labuan dibenarkan balik, tetapi mereka juga perlu memohon melalui aplikasi dalam talian EnterSarawak serta mengisi borang pengisytiharan kesihatan elektronik (e-Health Declaration Form).
Mereka (rakyat Sarawak yang balik dari Sabah dan Labuan) akan dikenakan (menjalani) kuarantin di pusat kuarantin selama 14 hari dan diambil ujian RT-PCR (Real Time Polymerase Chain Reaction) COVID-19 pada hari kedua dan ke-10.
Dalam pada itu, bagi rakyat Sarawak yang dikategorikan dalam perkhidmatan penting dan perlu menjalani tugasan rasmi di Semenanjung Malaysia -- mereka dibenarkan ke Semenanjung Malaysia dan perlu memohon melalui aplikasi EnterSarawak dan mengisi e-Health Declaration Form.
Mereka juga wajib mendapat kelulusan daripada ketua jabatan masing-masing dengan memuat naik surat rasmi tersebut serta surat jemputan mesyuarat ke aplikasi EnterSarawak, sebelum dibenarkan pulang tanpa kuarantin di pusat kuarantin.
Sementara itu, warganegara Malaysia yang bukan rakyat dari Sarawak dan warganegara asing yang ingin masuk ke Sarawak dari Semenanjung Malaysia, juga perlu memohon kemasukan melalui aplikasi EnterSarawak dan mengisi e-Health Declaration Form.
Mereka akan dikuarantin selama 14 hari dan ujian COVID-19 diambil pada hari kedua dan ke-10. Kos kuarantin dan ujian COVID-19 akan ditanggung oleh diri (mereka) sendiri.
Sumber: Bernama
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah