Afflexia Serviced Suites KLCC - Lokasi Instagrammable Wajib Pergi Untuk Korang Bergambar

HOTEL
November 18, 2020 - 06:46 PM


Sekarang ni kita masih lagi tidak dibenarkan untuk merentas negeri, jadi ramai rakyat di Kuala Lumpur sudah mula tak senang duduk dan ingin pergi ke lokasi yang boleh menenangkan diri mereka. Rileklah, untuk korang yang nak berjalan-jalan tapi masih lagi patuhi SOP, korang boleh datang ke Afflexia Serviced Suites di KLCC. Memang unik hotel ni.

Hanya 10 minit sahaja dari KLCC, korang boleh jumpa apartment moden yang telah diubahsuai untuk menjadi lokasi staycation di Kuala Lumpur. Bila masuk sahaja ke dalam bangunan ini korang akan dapat lihat betapa uniknya design yang digunakan di Afflexia. Dan sudah pastinya korang akan terpegun dan ingin bergambal di lokasi-lokasi unik dalam bangunan ini. 

Kalau korang masuk dalam sikit korang akan jumpa Swedish Garden yang dilengkapi dengan pencahayaan LED di setiap tangga yang ada memberikan susasana unik dan menarik. Bukan tu je, setiap lobi di dalam Afflexia mempunyai design unik tersendiri sebagai contoh di Tower 1, korang akan nampak designnya menyerupai stalactite di dalam gua di Malaysia, cool gila!

Antara tarikan lain adalah swimming pool Afflexia yang diberi design menyerupai aliran sungai. Bukan tu je, dinding di kawasan swimming pool tu memang sangat cantik dan terdapat beberapa kerusi untuk korang duduk dan rilek setelah penat berenang. Malah ruangan meeting di Cloud Podium juga dihias dengan design awan yang sangat cantik dan instagrammable. 

Jadi kalau korang nak datang sini, harganya agak murah juga bermula dari RM185 untuk satu malam dan Afflexia mempunyai 80 bilik yang dilengkapi dengan dapur, Wi-Fi, washing machine, dan dryer. Wow, best tu. Walaupun korang tak boleh travel ke luar negeri, tapi tak bermakna korang tak boleh pergi berjalan-jalan ke lokasi menarik sekitar korang. Have fun!

Alamat: Afflexia Serviced Suites KLCC, Arte + @ Jalan Ampang, No 3, Lorong Ampang 1, 55000 Kuala Lumpur

Laman Web | Facebook | Instagram

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah