Sungai Bangan - Hidden Gem Di Terengganu Yang Korang Tak Tahu
TARIKANDecember 02, 2020 - 11:57 PM
Negara kita memang kaya dengan lokasi-lokasi air terjun dan sungai yang sering dikunjungi oleh pelancong tempatan dan luar negara. Malah ada sesetengah orang yang menggunakan hujung minggu mereka travel untuk mandi sungai dan berpiknik dengan rakan-rakan atau keluarga. Kalau korang tergolong dalam kalangan tu, apa kata korang pergi ke Sungai Bangan.
Sungai Bangan atau juga dikenali sebagai Sungai Balu terletak di Hulu Dungun, Terengganu. Ianya sangat terkenal dengan kejernihan airnya yang seolah-olah memberikan gambaran ianya berwarna hijau atau biru. Tapi agak sukar untuk korang sampai ke sini kerana ianya terletak 800m dari paras laut. Dengan kata lain, korang perlu hiking terlebih dahulu.
Untuk sampai ke Sungai Bangan, korang perlu mendaki Puncak Chemerong, Gunung Berembun, dan juga Air Terjun Langsir. Pendakian ini juga lebih dikenali dalam kalangan hikers sebagai CBL. Korang boleh memulakan pendakian di Hutan Lipur Chemerong di Hulu Dungun. Nak mendaki dan sampai ke sungai ni memang lama, lebih kurang 2-3 hari juga la.
Malah bila dah sampai di Air Terjun Sungai Langsir, korang perlu jungle trekking selama 1 jam untuk sampai ke Sungai Bangan ni. Tapi memang berbaloi, sekali tengok memang jernih air dia. Kalau ada orang berenang dalam tu, korang masih boleh nampak dia seolah-olah sedang terapung tau walaupun dia di bawah air. Memang best dan sangat cantik.
Jadi untuk korang yang tak tahu nak pergi mana weekend ni, bolehlah pergi adventuring ke Sungai Bangan di Hulu Dungun ni. Sangat berbaloi dan cantik untuk korang lepak dan bergambar. Malah airnya juga tidak dalam, dan tebing-tebing sekeliling pun tidak terlalu tinggi untuk korang terjun ke dalam sungai tersebut. Have fun!
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah