Mountain Valley Resort - Hidden Gem Di Kundasang Yang Korang Patut Cuba

HOTEL
December 24, 2020 - 06:03 PM


Kebelakangan ni kita dah boleh merasakan bahang yang melanda di negara Malaysia. Tak lama lagi musim panas akan tiba, jadi tidak hairanlah apabila Cameron Highland dan Genting Highland menjadi tarikan pelancong. Tapi korang tahu tak ada lagi satu lokasi bersuhu rendah di negara kita iaitu di Kundasang. Kalau korang datang ke sini, korang cuba duduk di Mountain Valley Resort.

Mountain Valley Resort terletak di Bundu Tuhan iaitu sebuah perkampunyang di Kinabalu Park. Nak datang sini mudah je, hanya drive 15 minit dari Kundasang. Dengan kata lain, korang boleh pergi ke Kundasang Valley atau Desa Cattle Dairy Farm yang terletak berdekatan dengan resort ini. Di resort ini terdapat 15 bilik yang korang boleh pilih.

Antaranya adalah Standard Room, Family Room, dan Signature Deluxe Room. Korang juga boleh pilih untuk duduk di Mountain Wing, ini memang best kerana korang akan dapat view Gunung Kinabalu tau. Sangat cantik. Selain tu ada juga Valley Wing yang memberikan view bukit Bundu Tuhan. Disebabkan lokasi ini sangat cantik dan famous, korang kena booking awal-awal tau, bilik selalu penuh.

Kalau korang nak menikmati pemandangan cantik di atas bukit ni kami suggest untuk korang pergi ke The Glass Bistro & Restaurant. Seperti namanya, restoran ini merupakan sebuah rumah gelas di mana korang boleh menikmati coffee dan makanan sedap sambil melihat pemandangan yang cantik di sini. Untuk info lebih lanjut korang boleh pergi ke laman web rasmi mereka dan media sosial di bawah. Enjoy!

Alamat: Mountain Valley Resort, Jalan Tenompok Bundu Tuhan, Bundu Tuhan, 89300 Tenompok, Sabah

Laman Web | Facebook | Instagram

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah