Pelik Kenapa Barang Dari J&T Lambat Sampai? Ini Adalah Kronologi Penuh Kontroversi J&T Express
VIRALFebruary 09, 2021 - 09:07 AM
Syarikat J&T Express merupakan sebuah syarikat logistik yang berasal dari Indonesia. Syarikat tersebut diasaskan oleh Tony Chen (juga CEO Oppo) pada tahun 2015. Mereka mula beroperasi di Malaysia pada tahun 2018. Pada 5 Febuari yang lepas, seorang netizen telah memuat naik gambar di gudang J&T di mana lambakan parcel dibiarkan begitu sahaja.
Tahukah kome. tengah kecoh sekarang J&T Perak Hold berang customer. dari info diterima pekerja semua mogok disebabkan masalah Gaji. pic.twitter.com/gwHkFDDFoM
— PERAK POWER (@iloveyouIPOH) February 5, 2021
Barang Pelanggan Dicampak Dengan Kasar
Tidak lama kemudian, terdapat satu kontroversi di mana video yang menunjukkan pekerja J&T mencampak barangan pelanggan telah viral di media sosial.
Nak mengadu pergi lah pejabat buruh, jangan lah campak barang customers 😢😢 pic.twitter.com/rOEW1krG3H
— 𝒊𝒎 (@imrannazri__) February 6, 2021
Seperti yang dijangkakan, netizen sangat bengang dan marah terhadap pekerja yang melakukan tindakan tersebut. Rupa-rupanya syarikat J&T Express telah memotong komisyen rider/runner dari RM1/parcel kepada RM0.30/parcel.
Kenyataan Dari J&T Express
Sehubungan dengan itu, syarikat J&T Express telah mengeluarkan satu kenyataan di laman Facebook mereka. Pihak J&T mengakui kelemahan pengurusan mereka sehingga menyebabkan salah faham dalam kalangan pekerja.
"Bonus penuh dibayar kepada pekerja yang telah bekerja selama satu tahun dan bonus dibayar mengikut tempoh masa pekerja yanbg bekerja kurang dari satu tahun. Oleh kerana kurang jelas sistem pengagihan bonus di kalangan pegawai jabatan, ia menyebabkan pengagihan secara ganas pada 4 Februari dan menghasut pekerja untuk membuat gangguan bersama"
Mereka juga mengusulkan tentang masalah parcel makanan dan minuman yang dicuri oleh pekerja mereka. Dan akan mengambil tindakan segera untuk memperbaiki segala kerosakan dan kehilangan yang telah berlaku.
Permohonan Maaf Oleh Staf J&T Express Perak
Sejurus dari itu, sebuah video permohonan maaf telah di muat naik oleh J&T Express Perak atas kesalahan mereka mencampak barangan pelanggan sebelum ini. Menurut video tersebut:
- Mereka mengakui tiada pematuhan SOP COVID-19 yang dilakukan
- Mereka mengakui vandalisme terhadap bungkusan pelanggan telah dilakukan
- Mereka mengakui tiada isu dalaman mengenai pemotongan gaji antara pihak pengurusan dan staf
- Mereka membuat permohonan maaf kerana telah merosakkan barangan pelanggan dan mencalarkan imej syarikat
- Mereka berjanji untuk memproses barangan yang terbiar sepantas mungkin
Hilang Kepercayaan Pelanggan
Jadi untuk korang yang tak tahu, itulah yang terjadi sejak beberapa hari yang lepas. Nampaknya imej J&T memang terjejas teruk dan kepercayaan pelanggan terhadap mereka sudah semakin merosot. Iyalah, nak menjual dan membeli bukan pakai air liur, tapi pakai duit. Suka-suka hati je rosakkan barang orang lain kan, min suggest korang guna syarikat penghantaran lain buat waktu ini.
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah