Ini 5 Kaedah Kalau Korang Nak Daftar Sebagai Penerima Vaksin, Percuma Je!

GAYA HIDUP
February 15, 2021 - 04:14 PM


Macam yang kita semua tahu, Malaysia bakal menerima vaksin COVID-19 bermula 26 Februari ini, manakala proses pendaftaran orang ramai sebagai penerima vaksin pula dijangka dibuka bermula bulan Mac depan dan ia dilaksanakan dengan konsep sukarela.

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin -- orang ramai boleh mendaftar sebagai penerima vaksin menerusi 5 kaedah ini :-

1) GUNA APLIKASI MYSEJAHTERA

2) WEBSITE JKJAV (Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID19-JKJAV)

- Akan dilancarkan Perdana Menteri, esok (16 Februari 2021)

3) TALIAN HOTLINE

- Nombor akan dikemaskini tidak lama lagi

4) PENDAFTARAN SECARA MANUAL DI KLINIK & HOSPITAL AWAM SERTA SWASTA

5) KERJASAMA DENGAN KERAJAAN NEGERI UNTUK MENDAFTARKAN PENERIMA TERMASUK WARGA EMAS

Sementara itu, program vaksinasi juga akan dimulakan dengan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) menjadi orang pertama yang akan menerima vaksin Pfizer dan kemudian diikuti Ketua Pengarah Kesihatan (Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah), doktor, jururawat dan petugas barisan hadapan lain.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan 3 fasa mulai hujung bulan ini, dengan kerajaan menyasarkan sebanyak 80 peratus populasi negara ini atau 26.5 juta individu menerima vaksin itu yang akan diberikan secara percuma.

Fasa pertama dari Februari hingga April adalah untuk kira-kira 500,000 petugas barisan hadapan yang terbabit secara langsung dalam memerangi wabak itu.

Fasa kedua dari April hingga Ogos bagi kumpulan berisiko tinggi iaitu warga emas berusia 60 tahun ke atas serta kumpulan rentan dengan masalah morbiditi seperti penyakit jantung, obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi selain golongan orang kurang upaya (OKU).

Fasa ketiga pula adalah bagi golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas dari Mei ini hingga Februari tahun depan.

Pada 8 Januari lalu, Khairy mengumumkan bahawa vaksin Pfizer-BioNTech berjaya didaftar oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), sekali gus memberi kelulusan bersyarat untuk penggunaan vaksin itu di negara ini.

Selain Malaysia, 49 negara lain turut memberi kelulusan terhadap vaksin berkenaan dengan sebahagian negara terbabit telah mula menggunakan vaksin itu.

Untuk rekod, vaksin Pfizer juga menjadi vaksin COVID-19 yang pertama mendapat perakuan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk kegunaan kecemasan.

Sumber: BERNAMA

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah